Kelantan pasukan ketiga berjaya pertahan gelaran liga super

Kelantan Juara Liga Super 2012
Kelantan Juara Liga Super 2012

KELANTAN berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pasukan itu musim lepas apabila membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan mereka memungut 57 mata, berkelebihan tujuh mata daripada pencabar terdekat, Lions XII dari Singapura dengan masing-masing masih mempunyai dua baki perlawanan.

Kelantan merupakan pasukan ketiga yang berjaya mempertahan piala itu sejak ia diperkenalkan pada 2004 yang dimenangi oleh Pahang, selepas Kedah melakukannya pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2009 dan 2010.

Kejuaraan Liga Super adalah kejayaan kedua Kelantan musim ini selepas muncul Juara Piala 2012.

Sementara itu, pasukan tangga keempat liga, Selangor mencatat kemenangan 4-0 ke atas jiran mereka, Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Azidan Sarudin pada minit ke-33, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-46 dan ke-79 dan Ramez Dayoub pada minit ke-62.

Gergasi Merah diekori rapat oleh Terengganu yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Felda United turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika bertemu PKNS Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hasil jaringan Farderin Kadir pada minit ke-22.

Negeri Sembilan yang tewas 2-3 kepada Kelantan, Selasa lepas bangkit dengan menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar hasil jaringan Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-42 dan S. Kunanlan pada minit ke-82.

Satu lagi pasukan dari Terengganu, T-Team pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 dengan Johor FC pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

– BERNAMA

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

12 Responses to Kelantan pasukan ketiga berjaya pertahan gelaran liga super

  1. Artikel ini saja nak cakap la.. TRW tok sah la rasa diri tu hebat ..Kau ada ..aku (sel) pun ada dulu..Kiranya mereka pun HEBAT juga ler..Nak cover kecewa n nak bagi sedap hati sendiri..

    • Jangan duk bangga dengan sejarah……Malaysia dulu pernah kalahkan Korea Selatan……sekarang macam mana?.
      Tapi kalau sekarang ni orang lebih kuat….kita tak boleh buat apa…..hanya berbangga dengan cerita dulu-dulu.

      • biasala pak man sindrom cmtu mang akan dialami sape2 pn yg dulu team diorg hebat tp skang dah xhebat…hdup ni mcm roda jak…tggu la bila klntan drop plak 1 ari nnt kita tgk berapa ramai org klntan yg kna sindrom mcm ni…yg xhbes2 ugkit sjarah kehebatan team masing2…PEACE

        • bila tu , bila bulan jatuh ke riba ? kenyataan helah bela diri . Terima kenyataan dgn hati terbuka skuad Gomo terbaikkkk

        • bro bro bro..ni bukan kemuncak klntn lagi la..kenapa kami nak jadi roda turun bawah,ni baru separuh roda..nanti kami jadi juara kelab asia,baru la kemuncak,amin…

  2. kelatedihatiku

    @kakikayu- agak2 klu sel mng mau pch tv kot dok ulang berita sama..bola je pn toksah dok mengata sesama kita la..sokong team msg2 ckup la. ad msa trun ad msa naik..salam ukhwah

  3. kalau kelate kuat bola pun, kalau malaysia pula team teruk apa guna setakat jadi jaguh kampung jer..

    • ap plak jd jguh kmpung..klu klab blh msuk tournament afc cup ke asia champions league blh jd hbt ..national team tu ptut kna prkasakn lg

    • p mampus la pukimak.. yg ko nk bising-bising sal.. ko ckp mcm kp reti maen bola plk ,,, puiii

    • p mampus la sial.. yg ko bising-bising sal.. team teruk ke team ape ke .. itu adat la.. mcm ko jgk bru lahir da bole belari ke bodoh. mcm tu jgk malaysia..
      bru nk naik..

  4. apa kate sokong je pasukan masing2..xpayah nk kutuk org, itu mslh bila phD org melayu ni tinggi…heran bin ajaib…xleh tgok org bjaya…lion menang pn xpe, jgn sdara seMalaysia aku menang…puhiii

  5. pasni wat kelik piala malaysia pulok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>