Kelantan FA: The Story of ‘Juara Trebel 2012′ [Video]

Kelantan FA 2012

Video: Ultra Kelate

20 Oktober 2012 | Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

KELANTAN mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam aksi final yang sengit pada Sabtu, 20 Oktober 2012.

Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada minit keenam masa tambahan selepas waktu sebenar 90 minit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik Final Piala Malaysia 2012 dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kelantan Juara Liga Super 2012

7 Julai 2012 | Kelantan Juara Liga Super 2012

KELANTAN mengesahkan gelaran Juara Liga Super 2012 milik mereka selepas menewaskan Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu ketika saingan liga berbaki dua perlawanan.

Kelantan Juara Piala FA 2012

19 Mei 2012 | Kelantan Juara Piala FA 2012

KELANTAN muncul juara Piala FA 2012 selepas menewaskan Sime Darby 1-0 hasil jaringan penalti Mohammed Ghaddar dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ghaddar menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58 untuk Kelantan merangkul gelaran Piala FA pertama mereka yang juga trofi pertama bagi musim 2012.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Kelantan FA: The Story of ‘Juara Trebel 2012′ [Video]

  1. Kemah boh
    Pah ni ado la hok dok sakit hati ngomen

  2. Good video.. The rise of new power of football.. Envy by many.. Kelantan start very own from the scratch.. With no special treatment by FAM (unlike selangor). Oh my english!

  3. Lani dah nampak bbrapa team cuba build balik pasukan mereka dgn kuasa wang spt ATM dan Johor. Kalau kuasa kipas FAM tu selangor. Mungkin disbbkn trpnggil dgn kmeriahan bola sepak tempatan, atau dgn ayat lain dgn taburan pesona bola sepak kelantan, mereka cuba dgn cara short cut dgn mmbeli pemain star tmpatan dgn tidak menumpukan (tak tahu lah) aspek pengurusan, pemasaran, pnjenamaan semula, dan kuasa penyokong. Dptkn johor dn atam brtahan? Sama2 kita nantikan.

  4. Cabaran lebih besar bagi Kelantan ialah untuk mengekalkan prestasi tinggi untuk beberapa musim lagi. Jangan jadi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang yang gemilang pada suatu masa dahulu tetapi kini hanya suam-suam kuku. Hanya dengan memenangi kejuaraan tertinggi negara secara konsisten sahaja baru Kelantan akan dikenang sebagai kuasa bolasepak negara sepanjang zaman

  5. Sebab pemainnya dicuri(oleh lanun jdt),saudara Ct dari Kelantan bagitahu target Kelantan tahun ini ialah 5 teratas Liga Super,4 terbaik Piala FA,pusingan kedua Piala AFC dan 4 terbaik Piala Malaysia 2013….!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>