Kelantan bentuk pasukan lebih mantap bagi saingan 2014

Final Piala Malaysia 2013

Steve Darby jurulatih baru Kelantan

KELANTAN akan memanggil beberapa pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan pemain import baharu bagi menggalas cabaran Liga Super musim depan, kata pengurus pasukan Azman Ibrahim.

Beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan dalam skuad ‘The Red Warriors’ berikutan beberapa tonggak utama akan meninggalkan pasukan itu.

“Memang ada penghijrahan beberapa pemain…itu kena tanya pemain sendiri untuk kepastian. Bagaimanapun, kita mahu membentuk sebuah pasukan yang lebih baik pada musim hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama pasukan dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu hari ini, selepas gagal mempertahankan Piala Malaysia semalam.

Pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Kelantan kalah 1-0 kepada Pahang, hasil tandukan pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.

Antara pemain Kelantan yang disebut-sebut akan berhijrah ialah penyerang Norfarhan Mohamad, pemain pertahanan Daudsu Jamaluddin dan S. Subramaniam.

Selain pemain, Kelantan juga kehilangan ketua jurulatih Bojan Hodak yang diganti dengan bekas jurulatih Perak, Steve Darby.

Azman berkata, Kelantan akan cuba mengekalkan khidmat dua pemain import, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme untuk saingan musim depan.

Dalam pada itu, Norfarhan berkata beliau masih berbincang dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai nasibnya bersama pasukan itu.

Mengulas khabar angin akan menyertai kelab Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim hadapan, Norfarhan berkata ia belum diputuskannya.

“Saya tidak nafikan ada ditawarkan tempat dalam Johor DT pada musim hadapan. Tunggulah satu dua minggu ini untuk tukar atau tidak,” katanya.

Kepulangan pasukan Kelantan itu disambut oleh kira-kira 200 penyokong daripada Kelab Komuniti Kami Memang Sporting.

– Bernama

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

11 Responses to Kelantan bentuk pasukan lebih mantap bagi saingan 2014

  1. Farhan, teman rasa hang kurang sesuai le dgn jdt….rasanya trg lagi baik untuk hang

  2. kalu nk dpt payment tinggi elokla gi jdt. boleh simpan duit brtingket-tingket. tp alu nk dpt kepuasan sokongan dan sanjungan peminat dan bermain, elok kekal di trw. takut ramai sgt star di jdt, nama kita tenggelam. apapun keputusan farhan, kita mesti cool

    • Betul jugak,dia lagi tau hasrat dia apapun kita kena hormat selagi dia ikut garis panduan ditetapkan. Maybe dia nak cuba hijrah angin baru,rebut main dengan star2,atau cari income masa depan.Apapun tetap ada pro dan kontra mcm lu kata,takut dia tenggelam,prestasi pun turun,panas bangku simpanan. Apapun kita tgk mcmana nti.

  3. nak cari rezeki lebih ok main bola pun bukan boleh lama sangat tapi ikut peraturan all the best untuk player yang keluar setelah lama menabur bakti di bumi kelate gomo tetap gomo

  4. huhuhu buat mcm mna pn mmg dah sah2 jdt no 1….buta ke apw jdt adalah bintang malaysia.

    • no 1 apa bro?no 1 bintang2 ke?itu aku setuju.kalau nak kata game cun,sori la.ko tu yg buta baru blajo tgk bola kat stadium.apa kejuaraan jdt?lepas tu apa kejuaraan johor fa yg dah tukor nama jdt2 tu ko bgtau aku.aku tgk ramai org johor lg buta,team kelab di sanjung lebih2,team negeri kat liga perdana di anak tirikan..dollah salleh kasi menang pahang org johor cakap anak johor,kepala otak korang,dollah anak melaka,bodoh la gamak org johor skrg,berubah la weh memalukan aku je..sumbat star2 kat jdt bukan leh dpt title pun,johor fa takda star aku tgk lagi cun main,sime darby pun takut nk lawan,ramai anak johor plk tu dari jdt.ko yg buta bro.

  5. rat warrior..hehe!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>