Kabinet baru FAM cacat – Khalid Ali

Pelantikan Anuar Musa sebagai Pengerusi J/K Bola Sepak Wanita tidak kena tempat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali berpendapat kabinet baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mantap dicacatkan dengan pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita.

Beliau yang mengikuti perkembangan semasa badan induk bola sepak tanah air sejak kongres pemilihan hujung bulan lalu berkata, berdasarkan pengalaman dan kepakaran pengurusan dimiliki Annuar, beliau sepatutnya diberikan portfolio lebih mencabar.

“Sebaik membaca berita pelantikan pengerusi jawatankuasa tetap FAM hari ini (semalam) saya dan rakan lain ketawa apabila Annuar diberi tugas mengendalikan bola sepak wanita.

“Jawatankuasa itu sepatutnya boleh fikir siapa Annuar, kita mahu memajukan bola sepak kenapa perkara sebegini masih lagi berlaku. Sama macam kita mahu memilih pemain kesebelasan utama dalam pasukan, kalau salah letak posisi pemain pasti pasukan itu hancur.

“Pada mulanya saya meletakkan harapan besar kepada pimpinan baru FAM dengan kehadiran semula Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Datuk Hamidin Mohd Amin tapi bila Annuar diberikan tugas jaga bola sepak wanita terus saya anggap barisan jawatankuasa itu cacat,” katanya.

Annuar, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA) diletakkan harapan tinggi untuk bersama-sama mencorak hala tuju bola sepak tanah air apabila memenangi kerusi Timbalan Presiden bersama Tengku Abdullah bagi penggal 2010-2014.

Dengan pengalamannya mengendalikan pasukan peringkat negeri, ramai pihak sebelum ini yakin bekas Menteri Belia dan Sukan itu boleh memainkan watak penting dalam FAM namun segalanya tampak sukar buatnya apabila hanya diberi tugas Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan satu jawatan bertaraf ‘ad-hoc’, jawatankuasa MSL.

Mungkin FAM yakin kebijaksanaan Annuar boleh menghidupkan semula pasukan bola sepak wanita yang dibubar selepas persembahan buruk di Sukan Sea Laos tahun lalu serta kebolehannya mampu memikat penaja menjenguk liga tempatan.

“Annuar memang tidak mempunyai pengalaman sebagai pemain bola sepak tapi beliau memahami masalah di peringkat bawah, baik pemain mahupun persatuan. “Kita boleh lihat idea baru yang beliau terapkan dalam pasukan Kelantan.

Kalau setakat jaga bola sepak wanita apa yang beliau mahu buat. Kalau tanya saya secara peribadi memang saya tidak puas hati dan FAM sepatutnya mengambil tindakan semula,” kata Khalid lagi.

One Response to Kabinet baru FAM cacat – Khalid Ali

  1. Haha ni la cara FAM nak menganjing Anuar Musa… jgn main-main ngan si tua kutuk anak beranak yer hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>