JDT juara Liga Super 2015

JDT juara liga super 2015

Walaupun tumbang 1-2 kepada Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, namun Johor Darul Takzim (JDT) tetap berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super selepas pesaing rapat mereka, Pahang turut tewas 1-3 kepada Terengganu, sebentar tadi.

JDT bagaimanapun cemas seketika sebelum dinobat sebagai juara apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Junior Edstal dibuang padang.

Shahrul Saad membuka jaringan Felda United seawal minit keempat, sebelum Indra Putra Mahyuddin mengukuhkan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti, tujuh minit kemudian.

Walaupun tertekan kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar saingan, skuad Harimau Selatan berjaya merapatkan jurang kepada 2-1 menerusi pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa pada minit ke-42.

Sementara itu, Pahang melepaskan peluang untuk memintas JDT apabila tewas menerusi jaringan Issey Farran Nakajima, Ashaari Shamsuddin dan Mohd. Nasril Izzat di Stadium Mizan Zainal Abidin. Gol tunggal Tok Gajah pula disempurnakan oleh Damion Stewart.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

2 Responses to JDT juara Liga Super 2015

  1. 2016 pun juara liga super… jdt kelab terbaik Malaysia

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>