Hormati keputusan Gary: TMJ

Gary Steven Robbat

Gary berhak tentukan masa depannya sendiri – TMJ

Pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat berhak menentukan masa depannya sendiri, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata sekiranya Gary memilih untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), semua pihak seharusnya menghormati keputusan pemain berkenaan.

“Ini hak pemain. Sepatutnya terpulang kepada pemain itu sendiri. Jika dia (Gary) tidak mahu beraksi dengan Pahang mahupun Kedah dan memilih untuk beraksi bersama Johor (JDT), itu terpulang kepada dia.

“Saya tidak faham, macam mana ada persatuan (bola sepak) dalam negara yang masih terfikir memaksa pemain beraksi untuk mereka,” katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian mengulas kontroversi yang timbul mengenai pasukan yang berhak mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu bagi saingan Liga Malaysia 2015.

Tunku Mahkota Johor itu, bagaimanapun berkata segala keputusan mengenai kedudukan Gary akan ditentukan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ismail berkata PBNJ telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai isu Gary dan menyedari bahawa pihaknya mungkin perlu membayar ganti rugi kepada KFA.

Gary yang kini menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan di Australia, menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, JDT dan Kedah sebaik saja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Pemain berasal dari Kulim, Kedah, itu muncul pada majlis memperkenal pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lepas, namun statusnya masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia di bawah 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing-masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain. – Bernama

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

7 Responses to Hormati keputusan Gary: TMJ

  1. rosak bolasepak malaysia ada tuan penasihat mcm ni……….

  2. hilang respek aku kat tmj

  3. Rosak-rosak la. Aku pkai duit negeri aku. Ko susah pe? Esk kerajaan negeri dh tak mmpu nk tggung tgk la.

  4. kalau ye pun kau berhak buat keputusan, jgn la rosakkan planning team dgn tikam belakang di saat akhir, rosak la perancangan pasukan terlibat, mana dh sempat nak ganti player lain, biar cerdik sikit padan dgn title bakal raja

  5. biasanya pasukan berstatus bintang mahu menewaskan lawan mereka disaat lawan dalam prestasi terbaik. lain pulak pasukan bintang dari selatan ni. mereka bangga menewaskan lawan yang dilemahkan terlebih dahulu. hu..hu..

    • Mungkin psikologi lebih jetu,apepun terpulang pada player yang pilih kemana. tak perasan ke satu dunia dah byk psikologi yg aneh2.contoh takraw je la thailand expert psikologi sblum ni. tu luar dar negara dorg leh buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>