Gary Steven Robbat digantung 3 bulan, denda RM50 ribu

Gary Steven Robbat

Pahang diberi amaran, PBNJ didenda RM100 ribu

KEMELUT perebutan tiga penjuru bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat, yang melibatkan pasukan Kedah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang berakhir selepas pemain berusia 22 tahun itu digantung tiga bulan dan denda RM50,000.

Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa pemain berasal dari Kulim, Kedah itu bersalah kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Gary didapati bersalah kerana menandatangani kontrak secara tidak sah bersama JDT pada 21 November 2014 sebelum menerima surat pelepasan daripada FAM terlebih dahulu yang dikeluarkan pada 1 Disember 2014.

“Mulai hari ini Gary tidak dibenarkan menyertai sebarang kejohanan dalam saingan Liga Malaysia dan semua kontrak bersama pasukan JDT dan Pahang yang telah ditandatanganinya sebelum ini terbatal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM.

Beliau berkata, FAM juga memutuskan bahawa Gary tidak terikat kepada mana-mana pasukan dan beliau diberikan status ‘Ejen Bebas’ walaupun pemain tengah itu berasal dari Kedah.

Menjelaskan perkara tersebut, Takiyuddin berkata mengikut ketetapan FAM sebelum ini bekas pemain Harimau Muda perlu kembali kepada pasukan asal mereka.

“Kami terpaksa mengambil masa yang lama dalam menentukan status Gary namun setelah membuat penelitian berdasarkan peraturan FAM, Gary bukan milik pasukan Kedah sebaliknya milik Harimau Muda C dan perlu dikembalikan kepada pasukan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, sebarang rundingan daripada mana-mana pasukan untuk mendapatkan Gary hanya boleh dilakukan selepas tamat tempoh penggantungan selama tiga bulan yang berkuat kuasa hari ini.

Selain Gary, Takiyuddin berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga dikenakan denda RM100,000 kerana kecuaian dalam urusan perpindahan pemain namun pasukan Pahang hanya diberikan amaran.

Di samping Gary, PNBJ turut diberi amaran keras kerana telah menimbulkan kecuaian pendaftaran pemain Mohd Faizol Hussin yang tidak wajar berlaku kerana pemain itu masih terikat kontrak dengan Pahang.

“Dalam kesalahan ini sebagai ganti rugi, Mohd Faizul perlu membayar tebus kontrak mengikut gaji bulanannya sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000) kepada bekas majikannya iaitu pasukan Pahang.

“Memandangkan Mohd Faizul telah dibayar gaji sebanyak RM10,000 pada bulan Disember maka beliau perlu kembalikan bayaran gaji tersebut kepada majikannya…jadi jumlah keseluruhan yang harus dilunaskan kepada Pahang ialah RM130,000,” katanya.

– Bernama

Gary berputih mata

PETALING JAYA: Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat berputih mata untuk menyertai mana-mana pasukan selepas digantung tiga bulan daripada beraksi dalam sebarang kejohanan dan didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat.

Gary dijatuhkan hukuman berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan serta merta selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Gary dihukum kerana pelanggaran kontrak dengan Pahang dan JDT.

“Pemain ini hanya boleh menandatangani kontrak bersama pasukan pilihan selepas tarikh hukuman tamat.

“Manakala kontrak yang ditandatangani bersama Pahang pada 14 November 2014 dan dengan JDT pada 21 November 2014 adalah tidak sah kerana Gary hanya dibebaskan oleh FAM pada 1 Disember 2014.

“Dengan itu juga, pasukan JDT didenda RM100,000 dan amaran keras kerana menyumbangkan ke arah pelanggaran kontrak dan peraturan, manakala Pahang diberi amaran keras,”jelas Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Status di Wisma FAM pada Jumaat.

Pemain berasal dari Kulim, Kedah itu muncul pada majlis memperkenalkan pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lalu, walaupun statusnya masih menjadi tanda tanya.

Sebelum itu, Takiyuddin turut memberi amaran keras kepada JDT kerana menimbulkan kecuaian pendaftaran pemain Mohd Faizul Hussin yang tidak wajar berlaku kerana pemain itu belum selesai dengan pasukan Pahang.

“Mohd Faizul perlu membayar tebus kontrak mengikut gaji bulannya sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000) kepada bekas majikannya.

“Memandangkan dia sudah dibayar gaji pada Disember lalu sebanyak RM10,000, jadi Mohd Faizul perlu kembalikan wang tersebut kepada Pahang.

“Jadi jumlah keseluruhan yang perlu diselesaikan kepada Pahang berjumlah RM130,000,” tambahnya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

4 Responses to Gary Steven Robbat digantung 3 bulan, denda RM50 ribu

  1. 100k aje ke?knpe sikit sgt.spatutnya lebih lg denda tu.PBNJ kan persatuan yg paling kaya.huhu….kesian kan.liga x mula lg tp awal2 dh kena denda.jgn ingat kita berkuasa x ada pihak yg berani denda kita.lain kali jgn suka2 je nk pancing pemain.

    • karang kalau tak denda cakap sedara lah diraja lah apa lah. melayu kan kuat mengata. dah kena denda biar kan lah. yang silap dorg jgk pegi pancing player bongok mcm tu.hahaha

  2. byk duit byr denda RM50k… aku kena denda RM300 pun dah terkulat2 nak bayo….

    • macha tu tmj boleh support, dia leh rilek lah. kena gantung pun duit masuk. bila dah support fhm2 jela. jgn harap tmj kasi pegi team lain sbb dia dah fikir alang2 kena denda baik tahan je. lg bila pahang tgk tak kena denda.hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>