Final Piala FA 2013: Kelantan vs Johor DT

final piala FA 2013 kelantan vs jdt johor darul takzim

Teka-teki siapa akan beraksi di pentas Final Piala FA 2013 akhirnya terjawab apabila Johor Darul Takzim atau JDT mara ke perlawanan akhir sekali pun tewas 1-2 kepada Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan 1-0 di Larkin sudah cukup buat JDT untuk menentang Kelantan di Final apabila menyingkirkan pasukan Pahang menerusi jaringan gol di tempat lawan.

Berbekal kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Larkin, 25 Mei lalu, Johor DT mara menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 2-2, sekali gus melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab kedua berjaya melangkah ke final selepas Sime Darby, musim lalu.

Pemain import, Andre Francisco de Silva atau Andrezinho (kanan) menjadi wira apabila meledak gol penting Johor DT pada minit ke-47 untuk memberi laluan mereka ke final, sekali gus mencipta gembira 15,000 penyokong Harimau Selatan di SNBJ malam tadi.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam tadi diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu.

Bagi JDT dan Kelantan ia adalah pertemuan ketiga mereka musim ini selepas dua aksi Liga Super berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Kota Bharu dan 2-0 memihak pasukan Harimau Selatan di Larkin.




coded by nessus

8 Responses to Final Piala FA 2013: Kelantan vs Johor DT

  1. tahniah jdt… berjaya jugak mara.. setelah lalui jalan2 yang berliku

  2. Tahniah Kelate dan JDT. Kami maukan permainan yang berkualiti Final nanti.

  3. No provok, no maki hamun, no hina menghina antara peminat……please.

  4. Kedua2 teams merupakan pasukan yang hebat….

  5. Saper yang BUat kecoh ku tembak dgn pistol kat telinganya. tak kira dr mane asalnya. aku ni superhero.

  6. Tahniah Kelantan dan Johor DT. Harap kedua dua penyokong dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi final nanti

  7. Harap kedua dua penyokong dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi final nanti. Bravo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>