FAM tidak berlaku adil kepada pasukan tempatan – Fandi Ahmad

Johor Darul Takzim DT vs Kelantan 2-0

Perlawanan Lions XII vs PKNS FC ditunda 27 Mei

Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad melahir rasa kecewa apabila FAM menunda perlawanan LionsXII dengan PKNS akibat perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Singapura dengan Atletico Madrid pada Rabu.

“Saya tidak tahu mengapa LionsXII tidak perlu bermain hari ini (malam tadi), ini bukan kali pertama. Sebelum ini mereka sepatutnya bertemu Perak tetapi mereka memberi alasan kerana tidak cukup pemain, saya rasa FAM perlu meneliti mereka. Saya adalah warganegara Singapura, saya tahu. Ini adalah kali kedua – alasan.” kata Fandi dengan marah.

“Saya rasa kami harus bersikap adil terhadap semua pasukan. Patutkah kami membenarkan kelonggaran kerana mereka adalah pasukan yang diundang? Tidak. Saya rasa ini tidak adil.”

Sebelum itu Johor Darul Takzim menewaskan Kelantan 2-0 di Larkin bagi memberikan tekanan ke atas Lions XII yang masih kekal sebagai pendahulu carta Liga Super 2013.

“Babak pertama saya lihat mereka bermain 4-5-1, Zairo sebagai ‘second striker’ yang bermain ‘deep’, jadi kami kalah di tengah kerana kami bermain 4-2-3-1.” kata Fandi selepas perlawanan.

“Lepas itu kami masukkan Ezrie untuk menang di tengah. Kami dapat dominasi kembali bahagian midfield walaupun mereka ada lima pemain di tengah dan Zairo (Zailani) selalu mengancam dengan hantaran yang bahaya jadi saya mintak Ezrie dan Jasazrin untuk tutup bahagian midfield.

“Midfield mereka sangat kuat dalam babak pertama kerana menggunakan hantaran-hantaran pendek, saya tahu Shakir (Shaari) dan Daudsu (Jamaluddin) bekerja keras di sana. Tetapi selepas kami tutup Zairo di babak kedua, kami terus menguasai perlawanan.” jelas Fandi lagi.

“Kami tidak boleh mengecewakan para penyokong. Mereka telah menunggu lama untuk perlawanan mula [akibat kekecohan antara para penyokong] dan saya rasa walaupun perlawanan ditangguhkan selama 40 minit, mereka semua dapat pulang dan tidur dengan penuh kepuasan.” tambah ketua jurulatih itu yang kini berusia 50 tahun.

“Saya bangga dengan kemenangan ini, untuk mereka, kerana ini adalah perlawanan yang amat penting. Para penyokong Johor luarbiasa.. yang terbaik.. bagi saya, nombor satu.”

Video Johor DT 2-0 Kelantan




coded by nessus

34 Responses to FAM tidak berlaku adil kepada pasukan tempatan – Fandi Ahmad

  1. Tahniah JDT, harap dapat kejar Lion.Berani Sungguh penyokong Kelantan baling botol kepada penyokong JDt di Larkin. Nasib baik tak kecoh teruk. Harap penyokong Jdt sabo, sebab dah menang.

  2. Ohh dorang ke yg baling botol tu. Igtkan org johor yg baling. Sungguh monyet pembaling itu. Dah kalah n nk kalah buatla cara kalah. Org johor pun bkn xrasa kalah ke tertekan. Tp drg buat bodo je xamik tau. Badigol punya fans kelantan dtg tmpt org nk main baling2 lg mcm kat stadium drg. puiihhh kelantanis komunis. HAHAHAHA

  3. nk koment jgn melebih2…kita xtau keadaan disana mcm mn..jgn jd mcm tb3

    • Smlm aku ade kt stadium. Duk sebelah fan TRW. Mmg ade kes baling botol. Tp fan TRW balingan sgt tepat kne kt fan JDT. mngkin beliau mahir sbb da byk pngalaman. Sekian..

      • itu smua wayang..pykg jdt mulakan..aku tgok, tp tuhan itu mahal adil..niat jhat dblas jhat..pykg jdt blg botol..kna pykg sndri… ingt perbuatan jhat dbls blik..

  4. SAYA BANGGA DENGAN TEAM KLATE!!
    KAMI DIBELAKANGMU WALAUPUN KALAH ATAU MENANG…
    GOMO KLATE GOMO /\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O//\O/
    we are FANS KLATE, stand behind you…thanks a lot for the win we got!!

  5. padan muka kelantan kalah,tu balasan untuk orang yg sombong,suka buat kerosakan. buat fan lain,insaf le dan jadikan pengajarankita boleh meraikan kemenangan dan rasa bangga dgn kejayaan yh dikecapi tapi jgn sesekali pandang rendah dan menghina orang lain.

    • terima kasih banyak2…sek kelate g sana nk bg sokongan tak buleh…jo jd pemerhati jah…bawa gendang dak leh pukul..
      security tak kuat langsung..tp apa semua org perduli sbb itu kelantan…cuba keadaan semalam diterbalikkan penyokong kelantan lebih ramai adakah fam akan berdiam diri…tak perlu report pun tak per boleh dikenakan tindakan terus..
      cuba awak yg cerdik ni bgtau adil ka semua itu..?
      tunggu anda rasa apa yg kami rasa bru yau langit tu tinggi sebenarnya

  6. Apa yg berlaku bukan mewakili semua ,sama2 kita menjaga sukan kita dan memupuk perpaduan .

  7. Bukan semua fan jdt yg suka insiden balingan objek semalam. Ramai penyokong JDT semalalam marah sebab kitaorang nak tgk bola….bukan nak gaduh. kitaorang mmg terkilan dengan sikap sesetengah fan jdt yg di luar kawalan ni

  8. yg baling objek pun cuma penyokong sebelah menyebelah je. bukan seluruh fan sehingga tahap nak bakar2 stadium…hehe

  9. Apa nak gaduh gaduh,maki maki.Yg lepas tu biarkan berlalu ,kita sesama islam,melayu laktu .Isrel gak yang bertepuk tangan

  10. mcm tu lynn jdt…lps ni dtg k.br anda dilarg pukul kopang anda….mganggu, luaskn kkg mu….terima kasih peguam kamal

  11. tahniah JDT kerana membenam TRW, kepada penyokong JDT nikmatilah kemenangan pasukan anda. tak perlu mengata TRW. Belum tentu JDT lebih baik dari TRW kerana yang beraksi untuk TRW di larkin sebahagian besar bukan pemain utama (strategi bojan hodak paling hampeh setakat ini). Harap-harap jika ada razeki TRW dan JDT dalam final piala FA, Masing-masing dapat menurunkan barisan terkuat untuk menentukan siapa jaguh.

    p/s. jika melihat profile indra dalam astro arena nilainya RM 1.25 juta. azamudin akil RM 1.1 juta. Tak sabar nak tengok berapa nilai matyo. Mungkin ada sedikit kesukaran disitu kerana sepatutnya ditulis. NILAI : RM0 (tebus kontrak je).

    • lantak die la nilai nak o ke 10juta ke.

      kalau main mcm taik xgune jgk..

      yg penting TRW da tewas. lg bernilai RM0 dr RM1.25juta.

      haha

      • penyokong johor dah syok sendiri. memang awal2 lg tmj takut akan trw sebab tu dia cuba pancung dari awal lg dengan mengambil pemain trw secara tak bermaruah. kalau ikut undang2 fifa pemain sebegini tak boleh main untuk mana2 pasukan pun selagi blum habis kontrak. tapi nak buat macammana dah perkara ni berlaku pada trw. fam pun restu ajelah. kalau buat camtu pada pahang atau selangor memang nahas la pemain camni. pasti fam bertindak tegas.

    • Minta2 final bkn trw jumpa jdt. sbb dgn mentaliti sbhgn penyokong2 samada trw atau jdt yg berbangsa melayu yg terkenal dgn hasad dengki, dendam, suka mengata, tunjuk lagak xberte,pat, sudah tentu insiden2 yg xdiingini bakal terjadi. aku rasa suasana akn jd PANAS, PANAS, PANAS… Yg dtg dgn tujuan nk tengok bola pun akn rasa xtenteram

      • Betul. Sukan utk menyatukan kite semua. Cukup la politik da memecahbelah kn kite.
        Sukan la cara utk menyatukan balik bangsa2 kite yg da berpecah belah..

      • kalo final jdt jmpa kelantan. gua dtg bwk pistol la sng. bonet kete gua buh pedang damsyik salahuddin al ayubi. sbb gua bwk bini gua. sapo usik ktrg gua shoot je kat palo sng cite. kehkehkeh

    • Sokong,,,, yang bernilai 1.5j kalah pada nilai 0j. Membazir……

  12. aku rasa gol matyo tu adalh balasan pd bbrp kerat penyokong kita yg dok kutuk dan caci dia masa jdt dtg kb. ingat, doa org teraniaya tiada hijab. pd mereka2 yg dok salahkn bojan sbb turunkn pemain reserve, Bukankh TSAM awal2 dulu dok canang semua pemain adalh berkaliber dan sedia diturunkn bila2 masa. berbalik pd persoalan pokok, SIAPA YG PILIH DAN BELI PEMAIN2??

    • yg mat yo dok wat nyaknyo ko klate tubik ko pitu belakang tu…xtimbul plok…jge timbul salah sblh pihak jah

    • hok fam slalu dok wat nyaknyo ko klate xtimbul jgok…sapo y keno nyaknyo ni.. demo gak

    • kalu cakap pasal aniaya, matyo dulu yang aniaya kafa dan penyokong TRW. kes matyo ni adalah kes lari dari majikan dan melanggar kontrak. kontrak ni senang cerita perjanjian lah. kita sedia maklum kan mungkir janji ni banyak menimbulkan kemarahan org. sbb tu islam pun pandang serius kes-kes mungkir janji ni. cuba tengok awe, ada perpindahan dia menimbulkan kemarahan orang. takde kan.kerana dia berpindah mengikut cara betul dan mengikut etika permainan bolasepak. walaupun ada sebahagian besar peminat beranggapan awe lebih bernilai dari matyo. tapi peminat tak bising dgn perpindahan awe.
      soal pemain yang diturunkan masa lwn jdt pulak aku tak heran pun sebab menang atau kalah, piala liga memang tak boleh kekal dah. paling tinggi pun boleh berada di tempat keempat aje. dan kalau mengikut percaturan bojan hodak kekalahan pada jdt tak menjejaskan peluang untuk tempat keempat. chelsea dan arsenal pun pernah buat camtu dalam beberapa perlawanan akhir dalam liga mereka setelah menyedari peluang untuk menjadi juara liga sudah tertutup.
      semua ini adalah taktikal dalam bolasepak.
      bagi peminat2 yang nak tahu mana lebih baik jdt atau trw aku harap mereka bertemu di final piala fa nanti. aku rasa malapetaka bagi matyo kalau nik shahrul yang kekang dia nanti. safee pulak terus fobia untuk main bola kalau asyik diekori daudsu.

      • Kawe takot Tganu yang jumpa PHG/JDT.Mabuk budu la kawe.

        • gua xksh la sape pun pegi final. jnji dpt tgk bola. kalo final hrp xde pergaduhan. kalo org jhr wat kaco gua lesing pala dia. kalo kelantan wat kaco gua boikot mkn tomyam kat warung. kalo ganu wat kaco gua xnk mkn kepok lg. kalo pahang wat kaco, gua cari geng kuantan gua pegi tgk gua jamming kat studio.. ahahahahaha sukan dgn semangat kesukanan bkn peperangan..hohoho

  13. jdt dan klantan perlu turunkan penyokong terkuat jika jupa di final fa cup ,,pasti perag besar

  14. SAYA JANGKA KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA FA…DAN KELANTAN JUARA DENGAN KEMENANGAN 2-1.

  15. moga phg dpt bngkit nti

  16. kawe nak gi stadium tengok orge x ado akal gaduh je. Bola x tengok

    • molek tu gu, biar pakat baloh. bola tok soh tengok. pah ni kita tau sapo lagi hebat batu api, kawe ko demo? tapi mujur jugok ramai pemain N9 gi ko ATM. takdok doh pakar provokasi atah padang.

  17. tak sabar aku nak tengok TMJ muka merah masa final nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>