Failee wira Yob

Negeri Sembilan vs Perak 0-1 Liga Super 2013
Team Perak FA | www.duniasukan.com

PENYERANG gantian, Mohd Failee Mohamad Ghazli muncul wira membantu Perak mencatat kemenangan kedua menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam Liga Super di Paroi malam kelmarin.

Kemenangan tersebut membolehkan Perak naik ke tangga keenam liga dengan mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.

Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Failee pada masa kecederaan minit ke-94.

Sebelum itu, Failee dimasukkan menggantikan Rafiuddin Roddin yang telah bergandingan Abdul Hadi Yahya di bahagian barisan serangan.

Kemenangan itu amat bermakna kepada para penyokong Kejor Yeop Kejor yang mengharapkan kemenangan setelah kalah dua perlawanan berturut-turut minggu lalu.

Perak nyaris mendahului pasukan tuan rumah seawal minit pertama melalui sepakan bebas oleh Rafael Saouza tetapi sempat ditepis oleh penjaga gol Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan gagal meledakkan gawang lawan kerana ketumpulan jentera serangan.

Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa menyusun semula jentera serangan Perak setelah ketiadaan Azlan Ismail yang masih mengalami kecederaan dalam aksi dengan Felda United yang lalu.

Rafiuddin diturunkan bagi digandingkan dengan Hadi tetapi rentak serangan Perak masih hambar dan perlu diperbaiki segera.

Hasrat Perak menggunakan penyerang import, Karim Rouni belum kesampaian kerana penyerang itu masih memerlukan dua atau tiga minggu lagi untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstringnya.

Selain itu, kecederaan S. Chanturu masih berlarutan dan khidmatnya terpaksa diketepikan.

Sementara itu, pertahanan utama, Hisyamudin Shaari dilayangkan merah pada minit ke-90 selepas menerima kad kuning kedua.

Hisyamuddin mungkin menerima hukuman lebih keras dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah menerima kad merah yang kedua bagi musim ini.

Sebelum ini, Hisyamudin dan Khairi Kiman menerima kad merah dalam perlawanan dengan Johor Darul Takzim minggu lalu.

Perak perlu memperbaiki segera kelemahannya jika tidak mahu lemas apabila berdepan Selangor di Lumut, Selasa ini.

Selangor yang mendapat jolokan The Red Giant semakin garang apabila berjaya menumbangkan Pahang 3-2 di Shah Alam kelmarin.

– www.peraknews.com

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Failee wira Yob

  1. This is Yob… kawe sokong smua team di MPL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>