Amirul Hadi timbang tawaran JDT

Pahang Juara Piala Malaysia 2013
Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Dalam kesibukan meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia, pasukan Pahang dikejutkan dengan berita pemain tengah mereka, Mohd Amirul Hadi Zainal ditawarkan kontrak menyertai Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.

Walaupun kontrak pemain berkenaan bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) hanya akan berakhir bulan depan, tawaran menarik yang diterima dengan pelbagai kemudahan termasuk gaji lumayan mungkin sukar dilepaskan pemain itu.

Lebih mengejutkan apabila nama pemain itu sudah disenaraikan dalam pasukan bertaraf bintang itu bersama beberapa muka baru yang ditawarkan kontrak.

Banyak kenangan manis

Amirul berkata, banyak kenangan manis sepanjang bersama skuad Tok Gajah bimbingan jurulatih Dollah Salleh, justeru menyebabkan dia masih tidak lagi dapat membuat keputusan muktamad mengenai hala tuju masa depannya.

Katanya, walaupun dia ada menerima tawaran dari JDT, ia masih di peringkat awal kerana kontrak bersama PBNP masih berbaki hingga bulan depan dan mustahil perjanjian baru boleh dilakukan.

“Hanya selepas kontrak dengan PBNP tamat, baru boleh saya umumkan keputusan saya. Ini bagi mengelak sebarang masalah selain mungkin mencetuskan rasa tidak senang mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, hatinya masih sayangkan Pahang, lebih-lebih baru semusim bersama pasukan itu dan kemuncaknya apabila berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

“Namun sebagai pemain saya perlu mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama skuad Tok Gajah musim depan atau sebaliknya,” katanya yang begitu bangga impian mendakap Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

– Berita Harian

Related Posts

18 Responses to Amirul Hadi timbang tawaran JDT

  1. eh..beli semua la jdt oi…senang

  2. better stay dengan pahang. leh selalu main. kat JDT..susah nak dapat kesebelasan utama. lag-lagi kalau pemain tengah.

  3. Kena fikir masak masak cik mirul, bukannya apa nanti penat warm up je tapi duduk kat bench panaskan kerusi. Lagipun midfield JDT dah cukup ramai dah. Bila tengah ada form ni elok kekalkan nanti jarang jarang turun jadi besi buruk plak. Just 2 cents

  4. Senarai baru player JDT.

    Keeper-Norazlan razali(jhr),Al hafiz(kdh),Izham tarmizi(tgnu)

    Pertahanan-Aidil(n9),Azizi mat ros(prlis),Fadli shas,Izuan jarudin(jhr),Subramaniam(prk),Asrarudin putra omar,Mahali jasuli(sel)Daudsu(kel)

    Tengah-Haris harun(sin),Irfan fazail,jasazrin(jhr),nazrin nawi,awe,shakir shari(kel),akram mahinan(ked),amirul hadi(mel),Safiq rahim(sel),Hadin azman(kl)Pablo aimar(arg)

    Penyerang-Amri yahyah(sel),Norfarhan,Matyo(tgnu),Braulio rodriguez(spa)

    kl,n9,perak,singapura,perlis,argentina,spain=1org
    kedah=2org
    terengganu=3org
    selangor,kelantan=4org
    johor=5org
    pahang,sarawak,sabah=0

    • 8 harimau malaya mesia, 2 harimau muda. Kira star lagi. Tak menang tak tau ler.

    • aku rasa jdt ni jenis kuat meroyang la sebab apew tau piala malaysia x habis lg tpi dh heboh beli pemain sana sini…tpi smpai sekarang x umum lg semua pemain dia hnya yg aku tengok senarai pemain yg x sah lg..contoh amirul hadi diorg sembang macam dah sah2 main kt jdt tpi pg tdi pahang umumkan amirul hadi main kat pahang….ingat duit x boleh beli semuanya…

  5. Nasib baik boleh daftar 25 pemain je. Kalau takde limit, aku rasa, semua player yg agak2 1 ancaman pd JDT dia nk borong. Habis duit juta2 takpe, asal dpt 1 piala. Kalau tak dpt, TMJ kn janji nk letak jawatan

    p/s: bukanke sblm ni dh letak jawatan bila kena gantung dgn FAM. Alih2 tarik balik keputusan. Kita tengok tahun dpn adakah TMJ kotakan janji jika tiada piala diraih pasukan ALL STAR JDT

    • Menang dah letak jawatan,tapi pak sedara dia kat pahang jmpa dia nasihat jangan letak jawatan. Sedara dia sultan pahang. Tak kan ko tak tau kot?

  6. SafeeYangMelopong-SYM

    pegi JDT best…boleh gi shopping kat Singapore selalu… mandi kat Selat Tebrau pun oke…

  7. Abis Permain star semua di borong jdt

  8. Rimbau cabut ekor

    Lagi seorang pemain tiada integriti… Pilih pasal duit aja… Johor dah terkemaruk JDT

    • apepun itu hak dia,mmg dia sebut nk kekal kat pahang,tp byk faktor lain yg mungkin dia tak senang duduk,duit,dkt kg halaman,pengalaman dgn star,coach berkualiti tinggi, jd biar la dia..kalau ok team tu thun dpn dgn coach yg mcm tu,rasa player tempatan kat situ dah leh diintai balik oleh harimau malaya,sbb coach jiminez tu taktikal dia agak dasyat setakat ni friendly,formasi spain 4-2-3-1..ramai leh blajar n ni peluang yg julung kali ada kat malaysia..ok.

  9. TAK KEMANA JDT………..TAHUN 2014,TAK CAYA KITA SAMA-SAMA TENGOK!!!!!

  10. betul-betul..hahahaha…

  11. Go…go…go…JDT…luaskan kuasamu 2014..tahun nie pon bakal dibina stadium lg beso n baru..bestnyerr…huhuhuhu….

  12. daripada JDT tu beli player bagai2 negeri/Negara …. amik la duit selamatkn Tanah Johor dari terus terjual ke singapura tu….. silap2 cucu-cicit akan dtg, g Johor dah kena pakai passport. akakakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>