Wenger berang pertahanan alpa

Chelsea vs Arsenal 2-1

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berang dengan persembahan bahagian pertahanan Gunners yang didakwanya menggambarkan peluang buruk mereka untuk mencabar kejuaraan liga dan menamatkan kemarau trofi yang kini memasuki tahun ketujuh apabila kalah 1-2 kepada Chelsea, kelmarin.

Wenger berkata, perlawanan sukar berturut-turut menentang Manchester City dan Chelsea sepatutnya menjadi ujian penting terhadap cita-cita Gunners.

Ketika ditanya sama ada kekalahan kepada Chelsea kelmarin bermakna mereka gagal dalam ujian tersebut, dia membalas: ” Ya memang tepat sekal. Kami menentang pasukan yang bagus walaupun beraksi di padang lawan.

“Mereka melakukan tiga percubaan tepat dan menjaringkan dua gol mudah hasil sepakan bola mati. Pertahanan kami tidak berada pada tahap yang sepatutnya pada perlawanan besar seperti ini. Sebab itulah kami dihukum,” katanya.

Wenger, yang mengesahkan Abou Diaby tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya tiga minggu akibat masalah paha, menambah: “Kami tidak berusaha merebut bola.

“Perbezaan di antara Chelsea dan kami ialah ketika sepakan bola mati.

“Kami beraksi dalam dua perlawanan besar dalam tempoh seminggu. Setiap kali anda ketinggalan dalam satu-satu perlawanan besar, 65 peratus anda akan kalah,” kata Wenger.

Dalam pertembungan kelmarin, pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny menjadi watak penting kepada kekalahan Gunners apabila melakukan dua kesilapan yang mem buka ruang kepada dua gol Chelsea yang dijaringkan oleh Fernando Torres (minit ke-20) dan Juan Mata ( ke-53).

Koscielny gagal mengekang Torres ketika sepakan bebas apabila langsung tidak melihat bola yang diambil oleh Mata, sebelum penyerang antarabangsa Sepanyol itu mudah menolak masuk ke dalam gawang Arsenal.

Usaha Arsenal mencari gol penyamaan membuahkan hasil melalui gerakan Alex-Oxlade Chamberlain yang berjaya disudahkan Gervinho, yang menewaskan Peter Cech pada minit ke-42.

Biarpun tuan rumah menguasai perlawanan, Chelsea kembali mendahului jaringan Mata pada minit ke-53, sekali lagi berpunca daripada sepakan bola mati. — Utusan

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>