Undian Liga Juara Eropah 2012-2013

Undian Liga Juara eropah 2012-2013
Undian Liga Juara Eropah 2012/2013

Juara liga England, Sepanyol, Itali dan Jerman besar kemungkinan akan berjumpa dalam kumpulan yang sama.

Senario ini akibat ‘UEFA coefficient’ yang telah mengasingkan wakil dari empat negara gergasi dunia bola sepak dari peti yang sama.

Antara 32 pasukan yang layak, pasukan pilihan akan diletakkan dalam peti yang berasingan sementara pasukan lain akan diberi kedudukan ‘UEFA coefficient’.

Kelab dari negara yang sama tidak akan bertemu dalam pusingan berkumpulan sementara pasukan dari persatuan yang sama diletakan di peti lain.

City adalah satu-satunya kelab England yang tidak terpilih dalam pilihan kegemaran untuk undian nanti, walaupun juara bertahan liga. Pasukan Roberto Mancini mempunyai kedudukan yang rendah dan akan dietak dalam kumpulan pilihan kedua atau ‘second seed’ sementara Chelsea, Arsenal dan Manchester United dalam kumpulan lapan pilihan kegemaran atau ‘top eight seeds’.

Ini bermakna City mungkin akan diundi dalam kumpulan yang mempunyai kelab gergasi Eropah seperti Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich.

Kumpulan pilihan kegemaran ketiga dan keempat juga mempunyai pasukan handal.

Scenario paling sukar untuk City adalah jika mereka diundi dalam kumpulan bersama juara Sepanyol Real Madrid, juara Itali Juventus, juara Jerman Borussia Dortmund.

Habuan jika dapat layak ke pusingan seterusnya amat lumayan – Chelsea, juara bertahan tahun lepas mendapat £47.5 juta sementara City hanya dapat £20 juta.

Undian Liga Juara-Juara akan berlangsung pada jam 12 malam nanti.

Peti 1: Chelsea (Juara Bertahan), Barcelona, Manchester United, Bayern Munich, Real Madrid (Juara Sepanyol), Arsenal, Porto (Juara Portugal), Milan

Peti 2: Valencia, Benfica, Shakhtar Donetsk (Juara Ukraine), Zenit St. Petersburg (Juara Rusia), Schalke 04, Manchester City (Juara England), Braga, Dinamo Kiev

Peti 3: Olympiacos (Juara Greece), Ajax (Juara Belanda), Anderlecht, Juventus, Spartak Moscow, Paris Saint-Germain, Galatasaray (Juara Turki), Lille

Peti 4: Celtic, Borussia Dortmund (Juara Jerman), BATE Borisov, Dinamo Zagreb, CFR Cluj, Malaga, Montpellier (Juara Perancis), Nordsjaelland (Juara Denmark)

– espnstar.my

UEFA Champions League draw

Keputusan Penuh Undian Kumpulan:

Group A: FC Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint Germain, Dinamo Zagreb
Group B: Arsenal, Schalke, Olympiakos, Montpellier
Group C: AC Milan, Zenit St Petersburg, Anderlecht, Malaga
Group D: Real Madrid, Manchester City, Ajax Amsterdam, Borussia Dortmund
Group E: Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, FC Nordsjaelland
Group F: Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov
Group G: Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic
Group H: Man United, Braga, Galatasaray, CFR Cluj

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>