Rafael Benitez dilantik jurulatih sementara Chelsea

Rafael Benitez jurulatih baru Chelsea
Rafael Benitez dilantik pengganti Roberto Di Matteo

CHELSEA mengumumkan hari ini bahawa Rafael Benitez dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini selepas juara Eropah itu memecat Roberto di Matteo, semalam.

Matteo disingkirkan selepas kekalahan 3-0 kepada Juventus di Turin semalam, sekali gus menyaksikan Chelsea berdepan penyingkiran awal di peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Namun dalam beberapa jam sahaja, pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang membeli kelab itu pada 2003, mengumumkan pengganti untuk menyerahkan tugas baru kepada bekas pengurus Liverpool itu.

“Kelab Bola Sepak Chelsea mengesahkan bahawa Rafael Benitez sudah dilantik sebagai pengurus sementera pertama sehingga akhir musim ini,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Pemilik kelab (Abramovich) dan lembaga pengarah percaya bahawa Benitez mempunyai pengalaman terbaik sebagai pengurus di peringkat tertinggi bola sepak yang boleh segera membantu dan mencapai objektif kelab,” kata kenyataan itu.

Pengurus berusia 52 dari Sepanyol itu dijadual bertemu pemain Chelsea di padang latihan di Cobham, selatan London, hari ini.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

3 Responses to Rafael Benitez dilantik jurulatih sementara Chelsea

  1. disini dilihat pemilik mahukan sesuatu kemenangan dengan hanya tidak mahu kalah atau seri. Roman perlu mencontohi kelab2 lain didunia dengan mengekalkan pengurus dengan waktu yang lama seperti Sir Alex,Arsene Wenger. Mereka mengharungi perlawanan dan menuju kepuncak bukan dengan cara memecat pengurus apabila kalah hanya 2,3 perlawanan,namun disini kemungkinan tertakluk pada pengurusan kelab. Bagi saya DiMatteo harus diberikan pujian kerana beliau salah seorang player yang berpengalaman dalam totalfootbal. player chelsea seharusnya memainkan peranan sebagai pemain dan tidak mengharapkan 100 peratus kepada pengurus. Sekian

  2. go ..go..chelsea dont give-up….right to play…the blues.

  3. sedih bile Di Matteo dipecat padahal juara UEFA CL. permulaan musim pon tak la terlalu teruk macam AVB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>