Liga Juara: Mourinho puas hati prestasi Torres

Jose Mourinho Fernando Torres

Jose Mourinho gembira Fernando Torres membalas kepercayaannya selepas penyerang itu menjaringkan dua gol dalam aksi Liga Juara Eropah menentang Schalke.

Torres dipilih berbanidng Samuel Eto’o dan menjaringkan gol ke 38 dan 39 untuk Chelsea sebelum Eden Hazard menjaringkan gol ketiga.

“Apa yang memberikannya semangat adalah keyakinan yang dia tahu saya percayakannya.

“Samuel beraksi dengan baik menentang Cardiff dan menjaringkan gol kemenangan.

“Saya fikir Fernando sesuai dengan perlawanan ini. Saya berikan kepercayaan kepadanya dan dia telah membalas dengan baik.

“Ini baik untuknya, ia satu perasaan yang baik dapat menjaringkan gol, gol kemenangan dalam Liga Juara Juara,” kata Mourinho.

Chelsea kini mendahului kumpulan selepas menewaskan Steaua Bucharest dan Schalke sebelum perlawanan dengan timbal balik di Stamford Bridge.

Tambah Mourinho: “Selepas perlawanan pertama, kami terakhir dalam kumpulan, kerana kami tewas di laman sendiri dan kini kami teratas.

“Kerana pengalaman saya, saya tidak panik selepas perlawanan pertama dan saya bukan la terlalu berpuas hati hari ini. Saya tenang.

“Saya tahu kami mempunyai dua perlawanan di laman sendiri dan saya tahu biasanya kami dapat mengutip mata yang cukup untuk layak.

“Buat masa ini, selepas enam mata, kami boleh fikirkan untuk layak, selepas itu, mungkin kita boleh fikirkan untuk menjuarai kumpulan. Itu apa yang kami cuba lakukan,” tegasnya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>