Luis Suarez digantung 10 perlawanan gigit Ivanovic

Luis Suarez gigit Ivanovic

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan selepas Suruhanjaya Disiplin Persatuan Bola Sepak (FA) England mendapati pemain itu bersalah kerana berkelakuan ganas menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Pemain antarabangsa Uruguay itu mempunyai tempoh sehingga Jumaat untuk merayu keputusan tersebut.

Suarez, 26, terbabit dalam insiden luar biasa apabila secara tiba-tiba menggigit lengan Ivanovic dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield Ahad lepas yang berkesudahan seri 2-2.

Pengadil Kevin Friend tidak melihat kejadian itu dan tindakan supaya retrospektif telah diambil oleh FA, dengan Suarez dan Liverpool menerima tuduhan kelakuan ganas pada Selasa.

Suarez sebelum ini mempunyai rekod digantung tujuh perlawanan pada tahun 2010 atas kesalahan menggigit pemain lawan ketika beraksi untuk Ajax.

Kenyataan di laman web FA pada Rabu berbunyi: “Luis Suarez telah digantung untuk sejumlah sepuluh perlawanan selepas Suruhanjaya Peraturan Bebas hari ini memutuskan Suarez bersalah atas tuduhan berkelakuan ganas.

One Response to Luis Suarez digantung 10 perlawanan gigit Ivanovic

  1. The great thing about Suarez is, he got suspended for 10 games but because he’s such a great striker… he’s still part of this year’s Professional Footballers’ Association’s Team of the Year, right along with Gareth Bale, Van Persie, Juan Mata, etc!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>