Piala Raja Sepanyol: Real Madrid, Barcelona bertemu lagi

Real Madrid vs Barcelona Copa del Rey

Suku Akhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey)
Real Madrid vs Barcelona
Suku Akhir Pertama
Santiago Bernabeu, 19 Januari 2012
Live Astro 811, 5 pagi

REAL Madrid dan Barcelona menyambung semula persengketaan, esok apabila kedua-dua kelab itu akan bertemu pada perlawanan pertama suku akhir Piala Raja Sepanyol.

Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu sebelum pertemuan timbal balik kedua diadakan di Barcelona.

Kedua-dua kelab itu bakal bersaing bagi merebut tiga trofi utama yang disasarkan kedua-dua kelab gergasi itu musim ini.

Dengan perlawanan Liga Juara-Juara akan disambung semula pada Februari setelah kedua-dua kelab itu ke pusingan 16 pasukan, mereka juga bersaing rapat bagi merebut kedudukan teratas La Liga.

Dalam saingan liga pada hujung minggu lepas, tekanan semakin terasa buat kedua-dua pasukan.

Real terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan 2-1 di Mallorca, Sabtu lalu menerusi jaringan lewat Gonzalo Higuain dan Jose Callejon, keputusan yang meletakkan jurang lapan mata dengan Barcelona yang kini menghuni tangga kedua.

Dua puluh empat jam selepas itu, Barcelona pula mendahului 2-0 di tempat sendiri menentang Betis sebelum dikejar pasukan pelawat dengan dua gol.

Namun Barca bangkit semula untuk mencatat kemenangan 4-2 dan sekali gus merapatkan kembali jurang kepada lima mata.

Barcelona telah pun meraikan kejayaan mereka di Bernabeu, Disember lalu setelah melakar kemenangan 3-1 dalam aksi liga selepas penjaga gol, Victor Valdes menghadiahkan Real gol pendahuluan pada minit pertama ekoran kesilapan yang dilakukannya.

Menjelang perlawanan tersebut, Ronaldo menafikan aksi menentang musuh ketat itu merupakan masalah besar buatnya.

“Sebelum perlawanan saya tenang sahaja, tekanan tidak memberi sebarang erti kepada saya dan saya tidak berasa apa-apa menentang Barca,” katanya.




coded by nessus

2 Responses to Piala Raja Sepanyol: Real Madrid, Barcelona bertemu lagi

  1. Sorry admin, Barca lwn Betis tu, Barca yg leading 2-0 pastu Betis score 2 bj jd 2-2 :)

  2. mlm ni bdk2 Real kt melaka turun mne…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>