Piala FA: Sunderland jumpa Arsenal

SunderlandJARINGAN Stephane Sessegnon pada masa tambahan membawa Sunderland ke pusingan kelima Piala FA selepas menundukkan Middlesbrough 2-1 dalam perlawanan ulangan, semalam.

Sunderland akan berdepan Arsenal pada pusingan kelima.

Selepas perlawanan pertama dua minggu lalu terikat 1-1, saingan semalam tampak seperti turut berlarutan dengan keputusan seri dan berpotensi ditentukan menerusi penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat 90 minit permainan.

Namun rembatan kaki kanan pemain antarabangsa Benin, Sessegnon pada minit ke-113 melepasi jangkauan penjaga gol Middlesbrough, Jason Steele, sekali gus membawa pasukannya meneruskan kemaraan.

Sunderland yang semakin menunjukkan kebangkitan sejak diambil alih Martin O’Neill, Disember lalu mendominasi awal permainan, tetapi terpaksa menanti hingga minit ke-42 untuk membuka jaringan.

Penyerang Fraizer Campell yang menjaringkan gol tunggal Sunderland dalam perlawanan pertama, dua minggu lalu sekali lagi menjadi penyumbang gol pembukaan selepas mencipta gerakan cantik untuk disempurnakan pemain tengah, Jack Colback.

Middlesbrough menyamakan kedudukan 11 minit memasuki separuh masa kedua selepas Lukas Jutkiewicz pantas merembat bola lantun dalam kotak penalti.

Keputusan Undian Pusingan Kelima Piala FA England 2011/2012

  • Liverpool vs Brighton
  • Chelsea vs Birmingham
  • Stevenage vs Tottenham
  • Everton vs Blackpool
  • Millwall vs Bolton
  • Crawley Town vs Stoke City
  • Norwich City vs Leicester City
  • Sunderland vs Arsenal

*Perlawanan Pusingan Kelima Piala FA dijadualkan pada 18 dan 19 Februari 2012.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>