Park Ji-sung jaring gol berharga Manchester United

Park Ji-sung meraikan jaringan kemenangan Manchester United ketika menentang Wolverhampton malam tadi

MANCHESTER United terus menghambat pendahulu Chelsea dan kini dibezakan dua mata di belakang juara bertahan itu selepas mencatat kemenangan keenam liga dengan membenam Wolverhampton Wanderers 2-1 di Old Trafford, malam tadi.

Dua gol Park Ji-sung pada setiap babak cukup untuk memastikan tiga mata buat barisan Alex Ferguson yang kini menunggu penuh debar sambil mengharapkan Chelsea yang bertemu Liverpool di Anfield malam ini, tercicir mata.

Dalam aksi di OLD TRAFFORD, United terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-45 separuh masa pertama apabila Park bijak mengawal hantaran jauh dari Darren Fletcher dan meloloskan diri dari dua pertahanan Wolves sebelum melepaskan satu penyudah yang cantik.

Mick McCarthy tidak mudah melatah dan melakukan pertukaran dengan membawa masuk dua pemain iaitu Steven Fletcher dan Ebanks-Blake.

Ia nyata membuahkan hasil apabila bekas pemain United, Ebanks berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi satu gerakan menarik yang berjaya mengelirukan dua pertahanan tuan rumah, Wes Brown dan Nemanja Vidic.

Park muncul wira buat United apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir permainan selepas berjaya menghukum kesilapan pemain tengah gantian Steven Fletcher yang gagal mengawal kemas bola sekaligus membawa padah buat Wolves.

Dengan kemenangan di Old Trafford itu, United berada di tangga kedua liga dengan jumlah 23 mata, ketinggalan 2 mata dengan Chelsea yang mengutip 25 mata namun kurang satu perlawanan.

Sementara itu, Tottenham yang menikmati kecemerlangan peringkat Eropah di laman sendiri ketika menentang Inter Milan pertengahan minggu ini, tersungkur 4-2 kepada Bolton di Stadium Reebok, ketinggalan 0-3 pada suatu ketika sebelum cuba bangkit dengan dua gol Alan Hutton dan Roman Pavlyuchenko sebelum Martin Petrov menamatkan sisa kebangkitan dengan jaringan lewat untuk tuan rumah.

Barisan Harry Redknapp nyata berbeza di sepanjang permainan, malah kepantasan Gareth Bale yang menjadi sebutan sejak kebelakangan ini, tenggelam dikekang Gretar Steinsson tatkala Bolton mudah mengekang lawan.

Dua tuan rumah, Blackburn Rovers dan Sunderland turut mencatat kemenangan apabila masing-masing menumpaskan pelawat, Wigan dan Stoke City tetapi tiga perlawanan lain berkesudahan seri.

Birmingham terikat 2-2 dengan West Ham sekalipun ketinggalan dua gol kepada Hammers manakala Blackpool turut kempunan apabila gagal bertahan sekalipun mendahului Everton sebelum permainan tamat 2-2.

Fulham pula berterima kasih kepada jaringan lewat Brede Hangeland untuk mengikat Aston Villa 1-1.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>