Ferguson kecewa Nani terlepas sepakan penalti

Kegagalan Nani bolehkan Fulham curi satu mata

SIR Alex Ferguson mengakui Manchester United mungkin akan menyesali keputusan seri 2-2 dengan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, kelmarin.

Kegagalan Nani menyempurnakan sepakan penalti menafikan barisan bimbingan Ferguson itu peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1 tatkala permainan berbaki enam minit dan mereka dihukum apabila pertahanan Fulham, Brede Hangeland menanduk masuk jaringan penyamaan pada minit ke-89. [Lihat Video]

Ferguson berkata, skuadnya tidak berhak mengutip tiga mata penuh daripada perlawanan itu apabila gagal membina keyakinan selepas jaringan pendahuluan Paul Scholes yang meletakkan pelawat itu di depan pada minit ke-12, dan dia memuji kekentalan Fulham untuk bangkit.

Tetapi Ferguson percaya, sepakan penalti Nani yang ditampan penjaga gol Fulham, David Stockdale, menjadi titik tolak permainan itu dan dia meluahkan rasa terkejut apabila pemain sayap Portugal itu mengambil sepakan ketika Ryan Giggs turut berada di dalam padang.

Dan dengan Chelsea berada pada tahap prestasi terbaik selepas menang dua perlawanan pertama dengan keputusan 6-0, Ferguson sedar tercicir jauh daripada pasukan juara bertahan itu di peringkat awal akan memberi kesan besar.

Kami tak sepatutnya tercicir mata dan kami tercicir mata di sini. Kami tidak dapat lari darinya. Ada peluang untuk mendahului 3-1 dengan baki tiga minit tetapi kami tidak mengambilnya.

Saya tak rasa kami layak untuk mendahului 2-1 tetapi jika mendapat peluang untuk menamatkan permainan dengan sepakan penalti itu, ia sepatutnya digunakan.

Ia satu peluang yang terlepas, dan ini memberi semangat kepada mereka, membuatkan penyokong bersorak dan akhirnya mereka mendapat gol penyamaan. Untuk lebih adil, mereka bermain lebih baik di babak kedua.

Saya rasa Ryan sepatutnya mengambil sepakan penalti itu. Dalam perlawanan tempat sendiri menentang Tottenham dulu, Ryan menjaringkan dua sepakan penalti walaupun Nani turut berada di dalam padang.

Wayne Rooney juga tidak beraksi dalam perlawanan itu kerana tidak sihat tetapi Ferguson yakin penyerang kebangsaan England itu mampu beraksi apabila West Ham berkunjung ke Old Trafford.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

2 Responses to Ferguson kecewa Nani terlepas sepakan penalti

  1. musim ini merupakan saingan paling sengit bagi manchester united… dengan pasukan lain berjaya mejaring gol yang besar manakala MU hanya mampu seri menampakkan serangan mu agak kurang berkesan

  2. mu pasti mampu utk memberikn saign yg lbih sengit pd msa akn dtg . kali ni gowg low skit sbb tkanan jewp . :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>