
Chelsea 3-0 Bolton
DIDIER Drogba menjadi penjaring keempat terbanyak untuk Chelsea selepas menjaringkan gol kedua pada perlawanan dengan Bolton Wanderers.
Penyerang Ivory Coast itu menanduk masuk melalui sayap kiri tendangan sudut oleh Frank Lampard pada minit ke-61 dan telah mencapai 151 gol untuk kelab Stamford Bridge itu.
Kemenanangan ke atas Bolton melegakan tekanan ke atas pengurus Chelsea Andre Villas-Boas yang memanggil semula Lampard, Michael Essien dan Ashley Cole ke dalam pasukan.
Villas-Boas telah dikritik hebat pada minggu ini selepas beliau tidak menurunkan pemain yang bepengalaman dimana mereka tewas 3-1 kepada Napoli dalam LIga Juara Juara.
Kemenanan dengan Bolton meletakkan Chelsea kembali ke tempat keempat Liga, sekurang-kurangnya sehingga tempat kelima Arsenal beraksi dengan Tottenham Hotspur pada Ahad.
Chelsea mempunyai 46 mata dalam 26 perlawanan, tiga mata di atas Arsenal dan Newcastle.
David Luiz menjaringkan gol pertama untuk Chelsea pada minit ke-48 dan Lampard menjaringkan gol ketiga 11 minit sebelum masa tamat.
Gol Lampard merupakan gol ke-150 buatnya. — ESPNstar.my

Chelsea vs Bolton
Related posts
- Arsenal come from two down to beat Bolton and go top
- Video: Bolton 3-1 Liverpool [EPL]
- Stoke City ke Final Piala FA
- Tim Howard penjaga gol keempat jaring gol EPL
- Tottenham gagal teruskan aksi cemerlang
- Video: Bolton 1-5 Chelsea
- Manchester United kukuh cengkaman
- Manchester United sekadar seri dengan Bolton
- Mimpi ngeri Chelsea di Napoli
- Liga Juara: Barcelona atau Chelsea?

