Arsenal, Liverpool sekadar seri aksi pembukaan EPL

Liverpool 1-1 Sunderland

DUA pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool bermula hambar apabila diikat lawan masing-masing untuk sekadar mengutip satu mata dalam aksi pembukaan EPL malam tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika mereka melayani Sunderland pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di Anfield lewat malam tadi yang menyaksikan Luis Suarez gagal menyudahkan sepakan penalti apabila menyepak tinggi melepasi palang gol.

Bagaimanapun Suarez membalas kekecewaannya itu dengan menanduk masuk gol pada minit ke-12 sebelum Sebastian Larsson menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Usaha pasukan tuan rumah untuk memburu gol kemenangan tidak kesampaian sehingga tamat perlawanan.

Manakala Arsenal membuka tirai liga musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Newcastle di tempat lawan.

Sementara itu pendatang baru EPL, Quens Park Rangers memulakan aksi sulung mereka musim ini dengan kekalahan teruk apabila dibelasah Bolton 0-4 di tempat sendiri.

Keputusan EPL 13 Ogos 2011:

  • Liverpool 1-1 Sunderland
  • Blackburn 1-2 Wolverhampton
  • Fulham 0-0 Aston Villa
  • Newcastle 0-0 Arsenal
  • Wigan 1-1 Norwich City
  • Queens Park Rangers 0-4 Bolton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>