Liga Juara: Barcelona belasah Panathinaikos

Posted by on Sep 15, 2010 | 1 Comment

Barcelona 5-1 Panathinaikos

BARCELONA memulakan kempen Liga Juara Eropah musim ini dengan membelasah kelab Greece, Panathinaikos 5-1 di Nou Camp awal pagi.

Bagaimanapun bekas juara Eropah itu terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Sidney Govou pada minit ke-20.

Namun Barcelona pantas bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Lionel Messi dua minit kemudian.

Penyerang antarabangsa Sepanyol, David Villa menjaringkan gol sulung buat kelab barunya untuk Barcelona mendahului 2-1 pada minit ke-33 sebelum Messi sekali lagi berjaya merobek gawang pelawat pada minit akhir babak pertama.

Pada separuh masa kedua, Barcelona menambah dua lagi gol menerusi Pedro (m-77) dan Dani Alves (m-90)




Related posts

coded by nessus

1 comment

  1. sunglasses says:

    terbaik go barcelona go …..

Leave a comment