Sukan Asia 2010: Malaysia tewaskan Kyrgyzstan 2-1

Aksi menentang Jepun kayu ukur sebenar Malaysia di Sukan Asia

FAMSKUAD bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1. [LIHAT VIDEO]

Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha bijak mencari ruang dan berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-27.

Tertekan dengan kedudukan itu, Kyrgyzstan rancak menggasak kubu pasukan negara dan memperoleh gol penyamaan 1-1 menerusi jaringan Sydykov pada minit ke-37.

Selepas rehat, pasukan negara kembali menguasai perlawanan apabila berjaya menjarakkan kedudukan menerusi S Chanturu pada minit ke-60.

Sementara itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong gembira dengan kejayaan itu dan percaya bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke peringkat lebih jauh.

“Kejayaan hari ini membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika berusaha secara bersungguh-sungguh. Walaupun kita bermain tanpa barisan pemain senior tidak bermakna bahawa kita akan tewas sebelum perlawanan,” katanya.

Zolkples turut menasihatkan pemain agar tidak terlampau gembira dengan kejayaan hari ini kerana mereka bakal berdepan dengan saingan sebenar pada Rabu ini iaitu Jepun.

Pertemuan Malaysia-Jepun dijadualkan berlangsung di venue sama pada pukul 4 petang dan akan disiar langsung menerusi saluran 801 Astro (Astro Arena).

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

4 Responses to Sukan Asia 2010: Malaysia tewaskan Kyrgyzstan 2-1

  1. Tahniah Malaysia.. Ujian Sebenar Pabila Menentang Jepun Nanti..

  2. saya tinggal di jepun,dan selalu pakai jersi jepun,but rabu ini,saya akan pakai jersi malaysia pulak walaupun versi lama tapi tak pe la….janji jersi malaysia.harap harap malaysia boleh menang then aku boleh tunjuk depan si si budak jepun ini….

  3. hahaha..
    bnge aq jd warganegara mlysia..
    wlaoupon nie permulaan…

  4. aku hrap team malaysia boleh kekalkn prestasi cemerlang mcm ni dlm prlwanan akn dtang….hidup malaysia…MALAYSIA BOLEH!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>