MALAYSIA gagal menghadirkan kejutan ke atas Jepun dalam acara bola sepak Sukan Asia 2010 apabila kecundang 2-0 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Huadu petang tadi. [LIHAT VIDEO]
Jepun berjaya memperoleh jaringan pada setiap babak menerusi Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi.
Di awal 25 minit permainan, segalanya tampak seimbang ekoran pendekatan corak berhati-hati kedua-dua pasukan.
Pertahanan kebangsaan makin goyah apabila Jepun mula mengusai bahagian tengah dan hanya menungg masa untuk meledakkan gol.
Nagai yang beraksi untuk pasukan Fukuoka University berada di kedudukan tepat untuk melakukan tindakan penyudah selepas mengutip sepakan lemah kaki kiri Muslim Ahmad ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-26
Gerakan yang diaturkan barisan negara mudah dipatahkan lawan manakala percubaan terbaik skuad bimbingan hadir menerusi tandukan Izzaq Faris Ramlan di hujung babak pertama.
Tandukan penyerang Harimau Muda itu memaksa aksi cemerlang penjaga gol lawan untuk menepis percubaannya.
Jepun tampil dengan aksi lebih kemas pada babak kedua dengan hantaran-hantaran pendek. Jepun yang sebelum ini gemar mengacah dengan cubaan jarak jauh, mengubah pendekatan mereka dengan umpanan dalam kotak penalti.
Taktikal itu membuahkan hasil apabila Hotaru Yamaguchi hanya perlu menghulurkan kepalanya untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-64.
Tidak banyak yang dapat dilakukan Malaysia dengan Rajagobal melakukan dua pertukaran selepas S Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha terhencut-hencut di atas padang.
Dengan kemasukkan K Gurusamy dan Fandi Othman membantu Malaysia untuk mengekang gerakan pemain dari negara Matahari Terbit itu.
Related posts
- Jepun vs Malaysia [Kelayakan Olimpik 2012]
- Olimpik 2012: Jepun tewaskan juara Euro 2012
- Video Jepun 1-0 Maghribi [Olimpik 2012]
- Jepun Juara Piala Asia 2011
- Video Jepun 1-0 Sepanyol [Sukan Olimpik 2012]
- Ong Kim Swee perit telan kekalahan
- Jepun makin hampir ke Olimpik London 2012
- Malaysia vs Jepun [Kelayakan Olimpik 2012] LIVE TV1, Astro 813
- Jepun juara Piala Dunia Wanita 2011
- Harimau Muda belum capai tahap Olimpik
Main topics: Sukan Asia
Sub topics: Jepun, Malaysia, Malaysia vs Jepun, Sukan Asia 2010





