Sukan Asia 2010: Keputusan Hoki Malaysia vs India

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2010: Malaysia vs India

Hoki Sukan Asia 2010: Malaysia vs Singapura

Perlawanan berlangsung jam 5.30 petang ini…

Perlawanan sudah berlangsung 10 minit..
Kedudukan masih 0-0
Perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan Pakistan menewaskan Korea Selatan untuk mara ke final…
Malaysia memperoleh pukulan sudut penalti pada minit ke-18 namun berjaya diselamatkan penjaga gol India.

Malaysia mendahului India 1-0 pada minit ke-32 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajuddin..

Ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat India berjaya juga menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang dijaringkan oleh pakar mereka, Sandeep Singh.

Baru dua minit babak kedua bersambung gawang Malaysia bocor lagi, kali ini hasil jaringan Tushar Khandker. 2-1 India mendahului sekarang.

Namun Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-50 menerusi Muhamad Amin Rahim. 2-2 kedudukan sekarang.

India kembali di depan untuk mendahului 3-2 menerusi jaringan Raj Pal Singh menerusi satu pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

Malaysia menyamakan kedudukan menerusi satu pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhamad Amin Rahim tiga minit sebelum masa sebenar tamat.

DAN, Muhamad Amin Rahim akhirnya muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit kelima masa tambahan juga menerusi pukulan sudut penalti. [LIHAT VIDEO]

Syabas Malaysia… akan bertemu Pakistan di FINAL, Khamis nanti.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Sukan Asia 2010: Keputusan Hoki Malaysia vs India

  1. Tahniah , saya bangga dengan semangat juang pemain hoki Malaysia. Teruskan perjuangan memburu pingat Emas! Malaysia Boleh!

  2. congratulation!!! khamis ni dptkan EMAS!!

  3. tahniah..
    sememang nye smangat juang yg tinggi hingga ke akhir masa ialah kuncinya..harap2 dapat menyumbang emas..

  4. Tahniah malaysia…..buktikan malaysia boleh dptkan emas khamis ni….gergasi India boleh kita benamkan….pakistan pun kita boleh benamkan…go…go…malaysia go…

  5. wow..sungguh memeranjatkan semangat juang malaysia yg ditunjuk kan olih pemain2 semua..anda telah mencipta sejarah.. teruskan utk emas..insyaallah..dapat tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>