
Keputusan Perlawanan Hoki Sukan Asia 2010: Malaysia vs China
Perlawanan berlangsung jam 7.30 malam ini…
Malaysia mendahului 1-0 pada minit kedua hasil jaringan menerusi pukul sudut penalti yang berjaya disempurnakan oleh Muhamad Amin Rahim.
China menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Liu Yixian pada minit ke-13
Namun Malaysia sekali lagi berjaya di depan selepas Faizal Saari menjaringkan gol menarik minit ke-18.
Bermula babak kedua China berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Na Yubo.
Namun Malaysia tidak mensia-siakan pukulan sudut penalti yang diperoleh pada minit ke-41 untuk mendahului menerusi jaringan Hafifihafiz Hanafi.
Azlan Misron menjaring gol keempat buat Malaysia pada minit ke-66. Perlawanan sudah pun berakhir dan MALAYSIA layak ke separuh akhir, manakala tuan rumah, China tersingkir untuk perebutan pingat.
Malaysia akan bertemu India di peringkat separuh akhir pada 23 November (Selasa) jam 5 petang.
Related posts
- Video Malaysia 2-1 Pakistan [Final Hoki Piala Remaja Asia 2012]
- Tiket Piala Suzuki 2010 mula dijual
- Malaysia jumpa Lubnan, Taiwan
- Video Gol Kontroversi Didier Drogba
- Video: Malaysia 1-1 Indonesia [FINAL Sukan SEA 2011]
- Selangor uji skuad Sukan SEA 2011
- Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2014
- Video Harimau Muda 0-0 Albirex Niigata [Liga Singapura 2012]
- Keputusan Kemboja B-23 vs Malaysia B-23 [14.01.2012]
- Fakri anggap kutukan sebagai cabaran


Tahniah , Pasukan Hoki malaysia best.
Teruskan kecemerlangan di separuh akhir.
tahniah!