Sukan Asia 2010: Jepun tundukkan tuan rumah 3-0

Posted by on Nov 08, 2010 | Leave a Comment

Sukan Asia 2010JEPUN mengungguli saingan Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, China malam ini. [LIHAT VIDEO]

Jepun membuka jaringan menerusi rembatan Ryohei Yamazaki dari dalam kotak penalti pada minit ke-11 sebelum menggandakan kedudukan menerusi jaringan di babak kedua hasil sentuhan Kensuke Nagai pada minit ke-58.

Hasrat China untuk bangkit tidak kesampaian apabila sekali lagi gawang mereka dibolosi, kali ini Daisuke Suzuki mudah menolak masuk bola dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat perlawanan.

Dalam perlawanan lain kumpulan sama, Malaysia mengatasi Kyrgyzstan 2-1 untuk berada di tangga kedua di belakang Jepun menerusi perbezaan jaringan.

Malaysia dan Jepun akan berentap pada Rabu ini.




Related posts

coded by nessus

Leave a comment