
PASUKAN hoki lelaki Malaysia melangkah ke final selepas menundukkan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.
Anak didik Stephen Van Huizen mencipta sejarah untuk layak ke perlawanan akhir buat pertama kali di Sukan Asia dalam satu perlawanan yang mendebarkan di Pusat Hoki Aoti, Guangzhou.
Gol kemenangan itu diperolehi ‘jaringan emas’ Muhamad Amin Rahim ketika masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas masa penuh permainan.
Malaysia akan bertemu Pakistan pada aksi final yang dijadualkan pada Khamis, 25 November jam 5 petang.
Pakistan layak selepas mengecewakan juara bertahan, Korea Selatan dengan penentuan penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga perlawanan dilanjutkan dalam masa tambahan.
VIDEO: Aksi Malaysia vs India Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2010
VIDEO: Gol Emas @ Gol Kemenangan Jaringan Muhamad Amin Rahim
VIDEO: Gol-Gol Malaysia vs India
Related posts
- Asia Tour 2011: Malaysia 0 Arsenal 4
- Sukan Asia 2010: Malaysia tewas angkara pengadil
- Malaysia menang 2-1 ke atas Lubnan
- Video Malaysia vs Etoile FC
- Sukan Asia 2010: Keputusan hoki Final Malaysia vs Pakistan
- Siaran Langsung bola sepak Sukan SEA 2011 di RTM, TV3, Astro Arena
- Indonesia dakwa pingat emas bola sepak diragut pengadil
- Malaysia akhir kempen kelayakan Olimpik 2012 tanpa sebarang mata
- Siapa bakal dinobat Pemain Paling Bernilai Supermokh 2011?
- Khairul Fahmi atau Sharbinee Allawee


[...] DAN, Muhamad Amin Rahim akhirnya muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit kelima masa tambahan juga menerusi pukulan sudut penalti. [LIHAT VIDEO] [...]
Tahniah Malaysia
apa kaitan bnda ni dgn bola sepak?