Kejayaan ke final petanda kebangkitan hoki Malaysia

Malaysia berdepan tugas getir untuk layak ke Sukan Olimpik 2012

Malaysia vs Pakistan FINAL Hoki Sukan Asia 2010MALAYSIA terlepas peluang layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 selepas tewas 0-2 kepada Pakistan pada perlawanan akhir hoki Sukan Asia, semalam.

Sohail Abbas meletakkan Pakistan di depan pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti, sebelum Rehan Butt merobek gawang Malaysia pada minit ke-38.

Tiga peluang pukulan sudut penalti yang diperoleh pada minit ke-40, 44, 61 terlepas begitu sahaja, setelah gagal dimanfaatkan oleh anak buah Stephen van Huizen.

Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, Muhammad Razie Abd Rahim dan Muhamad Amin Rahim mungkin boleh menjadi wira, jika kesemua tiga pukulan sudut penalti yang diambil mereka, tepat ke gawang.

Ketinggalan dua gol menyaksikan Malaysia menukar corak permainan lebih agresif pada babak kedua dengan mengasak kubu lawan yang lebih banyak bertahan.

Van Huzien berkata, dia kecewa kerana gagal meraih pingat emas dan yang paling penting tiket ke Olimpik London 2012.

”Pemain kita gementar pada perlawanan akhir ini dan banyak melakukan kesilapan dan melepaskan peluang.

”Namun, saya tetap berbangga dengan pencapaian mereka dan menghadiahkan pingat ini kepada seluruh peminat di tanah air. Selepas ini, para pemain akan pulang ke kelab masing-masing untuk saingan liga hoki kebangsaan. Untuk kelayakan ke Olimpik selepas ini saingan akan sengit berbanding di Sukan Asia.

”Pakistan berhak menang kerana mereka bermain lebih bagus. Kami akan melakukan post mortem untuk melihat di mana kesalahan yang berlaku pada perlawanan semalam,” katanya. — Utusan Malaysia

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>