Sukan Asia 2010: Jepun juara bola sepak

Japan vs UAE

Jepun tewaskan UAE 1-0 pada final untuk raih pingat emas sulung bola sepak Sukan Asia

JEPUN mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas buat julung-julung kali dalam acara bola sepak lelaki.

Jepun muncul juara selepas membenam Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 1-0 pada aksi final di Stadium Tianhe, Guangzhou.

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut juga telah membolehkan Jepun meraih gelaran berganda setelah skuad wanita mereka turut muncul juara selepas menewaskan Korea Utara 1-0.

Pada aksi semalam, tonggak pertahanan, Yuki Saneto muncul wira Jepun apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.

Jaringan tersebut sekali gus membuka lembaran baru buat Jepun selepas skuad yang diberi jolokan The Samurai itu meraih pingat perak pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

Pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, pingat gangsa menjadi milik Korea Selatan yang mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Iran.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>