Azizulhasni menang emas Keirin Sukan Asia 2010

Josiah Ng raih pingat perak untuk lengkapkan kemenangan 1-2 Malaysia

Azizulhasni AwangPELUMBA basikal negara, Azizulhasni Awang menang pingat emas acara keirin Sukan Asia 2010 di Velodrom Guangzhou, tengah hari tadi.

Lebih manis apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng meraih pingat perak untuk melengkapkan kemenangan 1-2 Malaysia dalam acara keirin selepas kecewa dalam acara pecut semalam.

Kejayaan gemilang The Pocketrocketman itu turut diserikan dengan kemenangan pingat perak oleh rakan senegara, Josiah Ng dalam perlumbaan sengit dan mendebarkan sehingga mengakibatkan satu insiden perlanggaran antara pelumba tuan rumah dan pelumba dari Iran.

Gangsa menjadi milik seorang lagi pelumba tuan rumah, Zhang Miao manakala saudara kembarnya, Zhang Lei dan Mohammad Parash terlibat dalam insiden itu diisytiharkan gagal menamatkan perlumbaan.

Terdahulu Azizulhasni hampa dalam acara 200 meter pecut setelah sekadar menduduki tempat keempat apabila ditewaskan pelumba Jepun, Yudai Nitta dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Ia adalah emas kedua negara setakat ini selepas Wushu menyumbang emas pertama negara. [LIHAT BERITA PENUH]

VIDEO: Azizulhasni Awang Menang Pingat Emas Sukan Asia 2010, Josiah Ng Menang Perak

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

8 Responses to Azizulhasni menang emas Keirin Sukan Asia 2010

  1. Pingback: Kayuhan bertenaga Azizulhasni, Josiah hampakan China | Sokernet.com | Portal Berita Bola Sepak

  2. Tahniah.!!!
    Seribu kali tahniah.!!!
    Syabas Azizulhasni.!!!!!!!!

  3. Pingback: Kayuhan bertenaga Azizulhasni, Josiah hampakan China — Harian Metro Online

  4. Pingback: Kayuhan bertenaga Azizulhasni, Josiah hampakan China « Bachelor Degree Online Programs

  5. tahniah3
    kerana tlh mmgungut pingat emas n perak…
    semoga dpt mngekalkn kejuaraan pd tahun yg akn dtg….
    selmt mju jya diucapkan….

  6. tahniah kpda Azizulhasni dan Josiah Ng…
    teruskan kejayaan demi MALAYSIA…
    MALAYSIA BOLEH!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>