Terry balas kepercayaan Capello

KAPTEN John Terry berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Fabio Capello apabila menunjukkan kepimpinan yang hebat untuk membantu England membenam Wales 2-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2012 di Millennium Stadium semalam.

Pemain Chelsea tersebut sebelum ini dilucutkan daripada memakai lilitan kapten selepas mencetuskan kontroversi apabila terlibat di dalam beberapa siri krisis peribadi, namun dilantik semula Capello ekoran kecederan Rio Ferdinand.

England berjaya mendahulu seawal tujuh minit babak separuh masa pertama menerusi jaringan penalti oleh Frank Lampard selepas James Collins menjatuhkan Ashley Young di dalam kotak penalti.

Selang tujuh minit kemudiaan skuad bimbingan Capello berjaya menambah gol kedua yang bermula daripada hantaran jauh cantik oleh Glen Johnson yang disambut Young dan kemudiaannya dihantar ke tengah kawasan kepada Darren Bent untuk disudahkan dengan mudah dari jarak dekat.

Anak buah Gary Speed cuba mempamerkan kebangkitan namun bahagian pertahanan England nyata sukar ditembusi serta pantas menutup ruang.

Perlawanan antara England dan Wales turut menyaksikan sebanyak tujuh kad kuning dikeluarkan dan penyerang England Wayne Rooney menerima padah apabila bakal terlepas aksi menentang Switzerland pada Jun ini ekoran layangan kad kuning ke atas bintang United tersebut.

Percaturan 4-3-3 yang digunakan Fabio Capello tampak menghidupkan bahagian serangan England serta berjaya membantu penguasaan permainan disamping beberapa serangan balas ke atas kubu Wales.

Turut mengejutkan pada pertemuan semalam ialah apabila Gareth Barry, Peter Crouch, Matt Jarvis dan Aaron Lennon tidak tersenarai di dalam kesebelasan utama.

Dengan kemenangan ini, skuad “Three Lions” berjaya berada di tempat teratas kedudukan kumpulan. –Arena.my

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>