Adidas Malaysia lancar bola rasmi Euro 2012

Tango 12 - Bola Rasmi EURO 2012

ADIDAS Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan Adidas ‘Tango 12′, bola rasmi untuk Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012) yang akan berlangsung di dua negara – Poland dan Ukraine – dari 8 Jun hingga 10 Julai tahun depan.

Pelancaran bola itu di peringkat global dilakukan bekas pelompat pagar Ukraine Sergey Bubka semasa pengundian rasmi pertandingan quadruple di National Arts Palace di Kiev, Ukraine pada Jumaat.

Menurut Pengurus Pemasaran Komunikasi Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee bola itu telah diuji oleh pemain terkemuka bola sepak seperti Ashley Cole dari England dan Petr Cech dari Republik Czech dan beberapa kelab Eropah seperti Bayern Munich, Jerman; dan AC Milan, Italy.

“Apa yuang unik tentang bola ini ialah ia direka untuk permainan bola sepak moden bagi gerakan pemain yang lebih pantas dan juga teknologi yang membolehkan kawalan lebih baik oleh penjaga gol,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di Pavillion Shopping Mall, di ibu negara siang tadi.

Bola ini adalah bola pertandingan rasmi yang ke 11 dicipta untuk pertandingan Eropah yang bermula pada 1963.

Sepanjang sejarahnya, empat rekaan berilhamkan Tango dihasilkan. Tiga sebelum ini ialah Tango River Plate 1980, Tango Mundial 1984 dan Tango Europa 1988.

Bola tersebut berharga RM399 boleh didapatkan di semua stor Adidas mulai hari ini.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>