Piala Emas: Mexico benam Amerika 4-2

Ledak empat gol berturut-turut memadam dua gol awal AS, juarai kejohanan kali ke-6

MEXICO menjuarai Piala Emas CONCACAF buat kali keenam apabila meledak empat gol berturut-turut selepas ketinggalan dua gol ketika menewaskan Amerika Syarikat (AS) 4-2 di Stadium Rose Bowl semalam.

Pablo Barrera meledak gol keduanya dalam permainan itu pada minit ke-50 untuk mendahului tuan rumah selepas terikat 2-2 dan Giovani Dos Santos melebarkan jurang kemenangan pada minit ke-76 buat Mexico yang ketinggalan dua gol selepas 23 minit.

“Tidak ada saat lebih manis berbanding kemenangan,” kata jurulatih Mexico, Jose Manuel de la Torre. Mexico merangkul gelaran kedua berturut-turut kejohanan rantau Amerika Utara yang diadakan dua tahun sekali itu dengan menewaskan lawan sama pada final 2009, sekali gus layak ke Piala Konfederasi FIFA 2013.

Penyerang Mexico, Javier Hernandez yang bermain untuk kelab Inggeris Manchester United, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga Piala Emas selepas mendahului senarai penjaring tahun ini dengan tujuh gol. Mexico dan AS memenangi 10 daripada 11 kejuaraan Piala Emas yang dipertandingkan sejak 1991.

Dos Santos menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan apabila menggelecek penjaga gol AS, Tim Howard yang keluar dari kawasan-nya, kemudian menewaskan dua pertahanan sebelum melambung bola melepasi Eric Lichaj.

AS sepanjang kejohanan menampilkan permainan bertahan yang kental sehingga berdepan jentera serangan licik Mexico. Kapten AS, Carlos Bocanegra berkata, berlaku kekeliruan dalam barisan pertahanan pasukannya kelmarin.
“Ia malam yang amat mengecewakan,” kata Bocanegra. “Pertahanan kami tidak cukup baik kali ini.” Tuan rumah mendahului seawal minit kelapan menerusi Michael Bradley dan Landon Donovan menambah jaringan pada minit ke-23.

Menurut de la Torre, walaupun dikejutkan de-ngan dua gol awal, pemainnya tidak cepat mengalah dan mengekalkan fokus untuk merapatkan jurang. “Walaupun risau, anda tidak boleh membiarkan keadaan kelam kabut,” katanya. “Nasib baik pemain-pemain kami sentiasa tenang sepanjang permainan.”

Barrera membuka ja-ringan untuk Mexico pada minit ke-29, dan Andres Guardado yang bermain dengan kecederaan di buku lali kiri, menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum rehat yang mencetus semangat berbeza buat pasukannya sebaik masuk pada babak kedua perlawanan

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>