Ivory Coast, Zambia berentap di final Piala Negara Afrika 2012

Ivory Coast vs Zambia
Final Piala Negara Afrika 2012
Isnin, 13 Februari, 3.30 pagi
LIVE Astro 814

Piala Negara Afrika 2012SKUAD Ivory Coast yang berwajah baru akhirnya akan tampil untuk membuktikan reputasi mereka sebagai pasukan terbaik di benua itu apabila berdepan Zambia pada aksi final penuh emosi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika awal pagi esok.

Skuad dengan jolokan The Elephants itu akan tampil pada perlawanan itu sebagai pasukan pilihan tatkala mereka mahu memulakan usaha memadam label ‘tersekat’ yang dikaitkan terhadap Dider Drogba dan rakan sepasukannya selepas kempen mengecewakan pada kejohanan edisi 2008 dan 2010.

Zambia, yang mara ke final dengan penuh emosi sambil mengotakan janji untuk ke Libreville bagi menghargai rakan mereka yang terbunuh akibat pesawat dinaiki terhempas pada 1993, meninggalkan ibu negara Gabon dengan rintangan umpama gunung yang perlu dihadapi.

Zambia tidak gentar amukan The Elephants

Namun, pengurus skuad dengan jolokan Peluru Tembaga, Herve Renard berkata dia sukakan ketinggian.

“Apabila saya melihat sebuah gunung, saya mahu mendaki hingga ke puncaknya, itu yang akan kami lakukan Ahad ini,” kata pengurus dari Perancis itu.

Zambia yang menduduki ranking FIFA 63 lebih bawah daripada pencabarnya sedang cuba untuk menjadi pasukan pertama menjaringkan gol menentang Ivory Coast sejak kejohanan bermula tiga minggu lalu.

Ivory Coast menampilkan rekod cemerlang pada kejohanan dianjurkan bersama oleh Equatorial Guinea dan Gabon itu, bukan setakat memenangi semua lima perlawanan mereka, tetapi juga berjaya mengelakkan daripada dibolosi walau satu gol berbanding sembilan gol yang dijaringkan.

Zambia, yang menjadi naib juara pada tahun selepas tragedi pesawat itu, menjaringkan sembilan gol tetapi dibolosi tiga gol, dan menang empat daripada perlawanan mereka dan seri satu.

Perlawanan menarik bakal disajikan dengan Ivory Coast mensasarkan untuk memenangi kejuaraan buat kali kedua selepas kejuaraan tunggal mereka 20 tahun lalu, manakala skuad Peluru Tembaga mensasarkan kejuaraan pertama. — BH

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>