Neymar fokus bantu Brazil juarai Piala Konfederasi

Brazil vs Japan Piala Konfederasi 2013
Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Japan

Bintang muda Brazil, Neymar tidak gentar untuk menghadapi kempen Piala Konfederasi 2013.

Neymar, 21, menyuarakan keyakinan itu menjelang aksi pembukaan Kumpulan A menentang Jepun di Stadium Nasional, Brasilia awal pagi esok.

Neymar yang menandatangani kontrak dengan Barcelona baru-baru ini, bakal menjadi tumpuan terutamanya selepas gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan terakhir bersama pasukannya.

Bagaimanapun, Neymar berkata, dia kini fokus 100 peratus untuk membantu pasukan meraih kejayaan.

“Tidak kira sama ada saya menjaringkan gol atau tidak, ia tidak memberi sebarang makna. Apa yang lebih penting ialah saya bangga untuk bersama skuad Brazil.

“Saya tidak akan beraksi bersama pasukan kebangsaan seperti ketika saya bersama Santos, di mana semua orang mengenali saya. Di sini (Brasilia), mereka masih mahu mengenali saya.

“Kami masih tercari-cari kekuatan kami dan saya akan menyertai satu kejohanan penting dalam karier. Saya berjanji untuk terus memperbaiki prestasi dalam setiap sesi latihan,” kata Neymar.

Awal pagi esok, Neymar akan menyarung jersi No. 10 yang pernah dipakai pemain legenda Santos dan Brazil, Pele.

Bagaimanapun, Neymar berkata, dia tidak merasai tekanan tambahan selepas diberi penghormatan menyarung jersi No. 10.

“Saya rasa, nombor jersi tidak penting berbanding jersi Brazil,” katanya.

Selain Jepun, Brazil turut diundi dengan Mexico dan Itali, manakala Sepanyol, Uruguay, Tahiti dan Nigeria dalam Kumpulan B.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>