Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia

Malaysia vs Qatar 0-2 Asian Cup 2015
Qatar vs Malaysia [2-0]

NAMPAK gayanya, skuad bola sepak Malaysia, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia.

Bukan mahu merendahkan keupayaan mereka, tetapi masih terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum mereka boleh bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lainnya.

Boleh dikatakan, gaya bola sepak Malaysia masih agak ketinggalan berbanding negara Asia yang lainnya, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan.

Kreativiti untuk mempelbagai corak permainan memang tiada langsung, dan paling menyedihkan ialah pemain negara terlalu mudah kehilangan bola kepada pemain lawan.

Pada aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Qatar di Doha malam kelmarin, terlalu banyak kelemahan ditonjolkan oleh pemain negara sepanjang perlawanan tersebut.

Taktikal memang sangat mendukacitakan, kepantasan, tidak perlu dipersoalkan kerana ia kelemahan yang dilihat paling ketara dalam kalangan pemain.

Kawalan bola, tidak sampai empat saat pun bola berada di kaki, ia sudah disambar mudah oleh pemain lawan.

Andai kelemahan seperti ini masih gagal diatasi, impian untuk melihat skuad negara menjejak kaki ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tidak akan menjadi kenyataan.

Mungkin hanya satu sahaja kelebihan yang ada kepada pemain negara, iaitu kerja keras, tetapi ia masih belum cukup untuk meraih kejayaan.

Ketiadaan tonggak bukan alasan

Penyokong mahukan keputusan positif.

Setinggi mana sekali pun komitmen mahu pun kerja keras setiap pemain, tetapi ia tidak membawa makna kerana peminat hanya mahukan keputusan.

Jika skuad tempang dijadikan alasan terhadap kekalahan tersebut, ia memang sama sekali tidak boleh diterima kerana bola sepak tidak bergantung kepada pemain tertentu untuk meraih kemenangan.

Ia memerlukan kerja berpasukan, tidak kira siapa yang diberi tanggungjawab untuk beraksi, dan setiap pemain hendaklah bersedia menunaikannya sebaik mungkin.

Kekalahan 2-0 kepada Qatar pada aksi pembuka tirai itu memang sangat mengecewakan kerana jaringan yang dihasilkan oleh pasukan lawan boleh dianggap sebagai terlalu mudah.

Gol kedua tidak seharusnya berlaku jika barisan pertahanan Harimau Malaya terus mengekalkan fokus mereka terhadap perlawanan.

Apa pun, itulah bola sepak Malaysia dan peminat tidak boleh mengharapkan yang lebih baik daripada itu.

Mungkin untuk tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, peminat jangan mengharapkan sangat untuk menyaksikan bola sepak negara berdiri megah di pentas Asia, kerana berdasarkan momentum ketika ini, masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bola sepak masa kini memerlukan kepantasan serta kebijaksanaan mencorakkan rentak permainan dan jika elemen ini masih tidak diamalkan, maka bola sepak negara akan semakin ketinggalan.

Pemain veteran lebih menyerlah

Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai pemain seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azamuddin Mohd. Akil yang boleh dianggap antara pemain yang agak menonjol dalam skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Qatar kelmarin.

Dua pemain ini dilihat memiliki kepantasan serta keyakinan diri yang tinggi, namun kebolehan yang ada pada mereka ini belum mampu untuk membantu skuad negara meraih kejayaan.

Pemain veteran, Mohd. Amri Yahyah juga layak dipuji kerana dia tampil lebih gagah berbanding pemain muda yang lain dalam pasukan.

Mungkin kerana pengalamannya, ia membantu dia tampil dengan penuh keyakinan pada perlawanan tersebut.

Jurulatih, Datuk K. Rajagobal tidak harus meletakkan Amri dalam senarai pemain simpanan selepas ini jika mengambil kira prestasinya pada aksi menentang Qatar itu.

Malangnya, Amri tidak mendapat bantuan secukupnya daripada bahagian tengah pada perlawanan menentang Qatar itu, akibatnya dia banyak berusaha sendiri untuk mencipta peluang.

Selepas Qatar, banyak lagi cabaran besar yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya dan mereka perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tugasan seterusnya ialah menentang Yemen pada 22 Mac nanti di Stadium Shah Alam dan apa yang diharapkan pada perlawanan itu kelak ialah untuk menyaksikan Harimau Malaya lebih menyerlah.

– Kosmo

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia

  1. nampaknye piala asia tahun nie sbg pengalaman berharga utk pasukan malaysia…

  2. Pemain Harimau Malaya boleh bermain pantas… cuma tak sampai seminit mereka sudah hilang idea kerana pasukan lawan telah dapat membaca pergerakan mereka… oleh itu, mereka perlu mendapat pendedahan dripada jurulatih berkaliber yang mahir dalam taktikal permainan bola sepak…
    antara langkah lain adalah dengan membubarkan pengurusan FAM … muka baru yang lebih mengetahui asam garam permainan perlu diutamakan berbanding dengan yang hanya pandai bercakap sahaja.
    oleh itu, turunlah secara terhormat …
    tak perlu didesak oleh peminat tempatan yang dahagakan kejayaan di pentas Asia dan seterusnya Dunia….
    Jangan memandang enteng dengan pendapat peminat krn peminat kini walaupun org kampung namun mereka tahu perkembngan dunia bole sepak…. minta mereka mengundi siapa yang patut menjadi presiden melalui akhbar seperti mengundi artis/pelakon terbaik yang dibuat oleh akhbar BH… proses ini patut dibuat oleh persatuan penulis sukan…wartawan … bekas pemain kebangsaan dsbnya bukan kepada org yang berkepentingan politik…
    Pemilihan pemain pula mestilah diambil kira daripada pencalonan pihak pengurusan persatuan bola sepak negeri/ kelab yang mencadangkan nama pemain mereka yang berkemahiran tinggi…
    TK… ada lagi pendapat drp peminat lain yang lebih pro dan berkreadibiliti yang patut diambil kira….

  3. Malaysia kuat ,ramai pemain hebat.. hanya RG tak hebat tak setaraf jurulatih Asia..
    Tgk kelantan vs Arbil pun boleh seri… he2..
    RG sebenarnya tak setaraf untuk pemilihan pemain.. tahap lama lagi

  4. Asia?? ASEAN pegang dulu…. AFF & SEA menang selalu baru crite Asia …. pasukan2 negeri & kelab plak bagi cabaran kat kelab asia…

  5. alahai gopal

  6. ranking malaysia naik lagi

    Hahahaha…..naik 1 anak tangga kebawah dah setaraf maldive tu…hahahahaha.. tahniah fam & DRG

  7. 158 Singapore
    159 Malaysia
    159 Maldives

    Hadiah untuk rakyat Malaysia yang minat bolasepak

    Mundurlah sukan untuk negara

  8. taraf pasukan di asiaa tenggara masih tidak dpt menyangi pasukan drpd negara arab,masih juah lagi perjalanan malaysia utk layak ke piala asia

  9. malingsial anjing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>