Malaysia gagal saingi Qatar

Malaysia vs Qatar [0-2] Kelayakan Piala Asia 2015
Qatar 2-0 Malaysia | Kelayakan Piala Asia 2015

Malaysia menampilkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar, Rabu.

Skuad Harimau Malaya, yang membuka kempen tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, nyata gagal menandingi setiap gerakan pantas pasukan lawan yang menerima jolokan ‘The Maroon’.

Peluang terbaik untuk skuad negara menjaringkan gol pembukaan hadir pada minit ke-20 namun tandukan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran silang oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri dari sebelah kanan padang sedikit tersasar dari pintu gol pasukan tuan rumah.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua saling berbalas serangan namun Qatar terlebih dahulu berjaya berada di depan pada minit ke-54.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Khalfan Ibrahim yang terkena barisan pertahanan negara sebelum membias ke sebelah kanan pintu gol Malaysia yang dikawal Mohd Khairul Fahmi Che Mat.

Kelekaan barisan pertahanan negara pada minit-minit akhir permainan membawa padah apabila skuad bimbingan Fahad Thani itu menambah gol kedua menerusi jaringan pemain gantian, Yusef Ahmed.

Rajagobal dijangka memanggil semula kapten pasukan Johor Darul Takzim FC, Safiq Rahim, yang digantung satu perlawanan, bagi memperkuatkan jentera tengah skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua kumpulan D menentang Yemen pada 22 Mac ini di Stadium Shah Alam.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, Bahrain mengalahkan Yemen 2-0 di Stadium Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dua gol pasukan bimbingan Gabriel Metralla itu dijaringkan oleh pemain pertahanan, Faouzi Aaish pada minit ke-49 dan penyerang, Saad Al Amer pada minit ke-85.

Mereka akan melayan pasukan Qatar pada perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Nasional Bahrain di Manama pada 22 Mac ini.

– BERNAMA

Kelayakan Piala Asia 2015: Qatar vs Malaysia

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

21 Responses to Malaysia gagal saingi Qatar

  1. Pingback: Kami berhak dapat penghormatan – Rajagobal | Sokernet

  2. seperti yang dijangka.. alasan pun sudah dicipta

  3. gopal, ko nampak tak gameplay semalam. midfield lagi hidup even kita senang hilang bola tapi ko still nak pakai si safiq tu? Bagi aku yg tak berapa reti sgt pasal bola ni, game semalam jauh lagi ok dari sebelum ni dgn adanya beberapa anak emas ko dalam team. lagi satu buang je si ruben tu. lompong besar kt defend dan menyusahkan team mate nk cover post dia.

    • aku setuju ngan ko mzaa. kesian plak aku tgk si Mahalli tu turun naik turun naik nak cover mamat tu..2nd goal bola ptt bleh clear leh plak miss kick…
      X yah la pkai rueben tu pasni…

      • betul sangat-sangat tu bro,aku pun hairan macam mana sirajapalat ni boleh berkenan sangat dengan si ruben sekor ni macamlah tak ada pemain lain yang lebih bagus dari dia,kalau macam ni hancur lagilah bolasepak m’sia .kulit sama kok?

  4. saya punya kira-kira, malaysia main ada bagus juga, tadi malam kita kena 2 gol, saya jangka kita kena banyak gol, tarak apa lah, qatar dunia punya ranking no 108, kita pula dunia punya ranking no 160, tarak apa lah dunai punya ranking nombor2,

    ini jam, saya banyak happy jugak ada, itu saya punya budak syafiq dan amar rohidan belum jugak ada main lah,

    • raja bergumpal: ayoyo.mangkuk sama Mzaa…ko sapa mahu ajar sama saya ha!!!itu reben saya banyak suka sama dia..sama juga saya banyak suka sama itu amar rohidan.main kurang bagus tarak apa yang penting jangan lawan caya punya cakap wokeyy..nanti main lawan yaman di shah alam nanti kita belasah dia worang cukup2 wokeyyy….

  5. Nak saingi qatar kunun, nak saing ngan thailand pon terberak… puiii!

  6. Raja Bebal (king Gopal)

    FAM seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi yang mempunyai ‘jiwa’ yang besar, menerima kritikan dengan lapang dada terutama apabila ia melibatkan usaha untuk melakukan penambahbaikan.

    Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di negara ini, tidak ada pihak mampu untuk mempertikaikan jasa dan pengorbanan FAM mengekalkan bola sepak sebagai sukan paling popular.

    Oleh yang demikian, FAM tidak perlu menjadi sebuah badan yang kebal sehinggakan tidak mampu untuk ‘diusik’ mana-mana pihak walaupun kritikan tersebut dilihat sebagai relevan.

  7. Raja Bebal (king Gopal)

    Sejarah sebelum ini membuktikan mereka yang lantang mengkritik FAM dalam usaha membangunkan bola sepak negara akhirnya ‘diterajang’.

  8. sepanjang perlawanan,rajagopal spt menutup mata kelemahan paling ketara di bhgn pertahanan kanan..mmg skuad negara skrg ni ada 1 kuota pemain india walaupun si reuben main dgn begitu terok..tolonglah gopal,kalau takde kunanlan pun,jgn lh merosakkan skuad msia dgn memasukan pemain yg tdk berkualiti,bkn nk rasis,rasanya byk lagi pemain india lebih baik dari kunanlan dan reuben ni..2 taun lepas memang lah kunanlan winger terbaik negara,skrg ni lain dh perfomance dia,gopi lebih baik

  9. malaysia kena main mcm japan baru best…

  10. Pingback: Rajagobal: Qatar bernasib baik | Sokernet

  11. Pingback: Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia | Sokernet

  12. K RUBEN main serupa jubo…mcm tu si raja keling amik….

  13. kite xbyk pegang bola.xsmpai 1minit pegang
    pastu kne rmpas.tp gol ke 2 xbole diterime.mmg kne ade 1 player india ke kne maen?..

    • Mmg la kena ada.. kalau tak si tambi lari melulu tanpa hala tujuan tu (di baca: Kunanlan), mesti si tambi mabok todi jogging sorang2 kat padang (di baca: Thamil Arsu), kalau tak pon si tambi yg main bercelaru macam ikan caru (di baca: Chanturu), or tak pon si tambi yg main macam haram dkt area midfield (di baca: Gary Bobat) atau pon si tambi main liga estate (di baca:Gurusamy)….

  14. Sepatutnya bkn player kena tukar tp juruletih yg kena. Suda kalah msih puas hati, bila mau MAJu. Asyik kena belit je….

  15. skrng ni sume nk 1MSIA smpi kn team
    bola pun kena tempias tupasal la RUBEN
    walau pun hampeh tp wajib kota 1MSIA
    utk india sorang lg kota cina 1MSIA
    si Yong Kuong Yong yg reserve dr team
    Perak pun manjang reserve je …haha..
    mcm ni gaya HM smpi bebila lagu ni je
    la…players yg hampeh kasi masuk carta
    pasal nk kota 1MSIA…lwn Qatar aritu
    jeneral kat tengah nun langsung xde..
    lintang pukang laa..striker jgn harap
    la hadi, alex ,kyril mmg xde kualiti
    lwn team lever tinggi ni..nmpk sngt
    beza…satu lg kebanyakan players Qatar
    sume tingg2 nape letak aidil centre
    back..mmg kelakar la nk lwn time bola
    tinggi..mmg coach bongok…dekat nak
    habis game baru la masuk kn amirtaq
    kat centre back baru la nmpk ada saiz
    mamat ni…bola skrng ni utk level
    tinggi 2 centre back WAJIB paling
    kurang kena 6kaki…dlm dunia mana
    ada team 2 centre back yg saiz bwk
    6kaki..kalu ada mcm HM la kelakar..
    jgn gi jejauh nengok jepun corea arab
    bah kn Spore pun 2 centre back sume
    saiz 6kaki++…maaf ckp la…nexk
    game kalu xley beat Yamen RG sila
    PERAMBUSSSSSSSSSSS la !!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>