Brazil Juara Piala Konfederasi 2013

Brazil juara piala konfederasi 2013

Keputusan Final: Brazil 3 Sepanyol 0

Fred menyumbatkan dua gol dan satu lagi menerusi Neymar bagi membantu tuan rumah, Brazil menundukkan juara dunia, Sepanyol 3-0 pada final Piala Konfederasi sambil penunjuk perasaan bertembung dengan polis di luar Stadium Maracana, sebentar tadi.

Fred meletakkan Brazil di depan seawal minit kedua, sambil Neymar menambah gol kedua sebelum tamat babak pertama dan Fred sekali lagi menemui sasaran untuk gol kelima kejohanan pada awal babak kedua bagi menghadiahkan kemenangan kepada Brazil.

Kemenangan itu kelihatan mudah dicapai Barzil apabila bertemu juara dunia terbabit.

Sergio Ramos mensia-siakan sepakan penalti untuk Sepanyol pada minit ke-55 apabila sepakannya tersasar.

Pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique dibuang padang kerana kad merah akibat mengasari Neymar pada minit ke-68.

Sementara itu Neymar dinobat Pemain Terbaik Piala Konfederasi 2013 selain dipilih pemain terbaik aksi final menentang Sepanyol.

Brazil Juara Piala Konfederasi 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>