Piala Malaysia 2010: Buruan 16 pasukan bermula
Posted by admin on Sep 14, 2010 | Leave a Comment
Selangor, Negeri Sembilan harap langkah kanan
JUARA Liga Super 2010, Selangor mahu mencari mata maksimum apabila memulakan kempen Piala Malaysia dengan menerima kunjungan T-Team di Stadium Shah Alam, malam ini, begitu juga dengan penyandang juara, Negeri Sembilan.
Jurulatih Selangor, K Devan berpegang kepada satu matlamat – mencatat kemenangan dalam semua perlawanan di tempat sendiri, sambil beraksi konsisten di...
Selangor sasar juara Piala Malaysia 2010
Posted by admin on Sep 04, 2010 | Leave a Comment
PENGURUS merangkap jurulatih Selangor, K Devan mempunyai impian peribadi untuk menjuarai Piala Malaysia 2010 memandangkan beliau belum pernah menjulang piala itu dengan mana-mana pasukan.
“Saya belum menang Piala Malaysia. Pasukan Selangor pula kali terakhir menang (Piala Malaysia) pada 2005. Jadi pihak pengurusan letak sasaran muncul juara musim ini.
“Saya yakin Selangor akan layak ke final pada 30 Oktober...
Irfan: Semua pasukan miliki kelebihan
Posted by admin on Aug 16, 2010 | Leave a Comment
Terengganu tidak pandang mudah cabaran Sabah, Kuala Lumpur
JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti menegaskan, tiada siapa yang berhak dilabel sebagai pasukan pilihan dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia bulan depan.
Sebaliknya, Irfan mengakui, setiap pasukan dalam kumpulan itu masing-masing mempunyai kelebihan untuk menguasai dua kedudukan teratas, sekali gus melangkah ke pusingan kalah mati.
Pada saingan Kumpulan...
Sathianathan pantau kecergasan pemain Kelantan
Posted by admin on Aug 16, 2010 | Leave a Comment
SELEPAS saingan Liga Super melabuhkan tirainya dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan terus melakukan persiapan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia.
Sathianathan berkata, anak-anak buahnya telah diberikan ‘kerja rumah’ walaupun sebahagian daripada mereka kini sedang mengerjakan umrah di Mekah selama dua minggu.
“Kerja rumah yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tahap kecergasan...
Puasa tak halang latihan skuad Kelantan
Posted by admin on Aug 13, 2010 | 1 Comment
KELANTAN tidak rela kempunan lagi dalam usaha menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama, setelah melepaskan peluang terbaik untuk melakukannya musim lalu.
Justeru itu, jurulatih Kelantan, B Sathianathan melakukan perancangan rapi termasuk mengadakan sesi latihan insentif kepada pemain di sepanjang bulan puasa.
”Sesi latihan akan berjalan sebaik sahaja mereka selesai melakukan solat terawih pada pukul...
Jadual Piala Malaysia 2010
Posted by admin on Aug 12, 2010 | 3 Comments
Jadual Piala Malaysia 2010: ==>> KLIK DI SINI untuk jadual penuh Piala Malaysia 2010.
Carta Piala Malaysia 2010: ==>> KLIK DI SINI untuk Carta Kumpulan Piala Malaysia 2010.
Read More →
Piala Malaysia: Kelantan, N.Sembilan berentap awal
Posted by admin on Aug 08, 2010 | Leave a Comment
JUARA bertahan, Negeri Sembilan berdepan ranjau berduri apabila undian meletakkan mereka pada laluan pertembungan dua pasukan pilihan, Kelantan dan Selangor pada saingan Piala Malaysia 2010 yang bermula pada 14 September ini.
Kegagalan menempatkan diri selaku pasukan pilihan menyaksikan Negeri Sembilan terdahulu akan bertemu pasukan yang ditewaskan mereka 3-1 dalam final tahun lalu, Kelantan di Kumpulan A sebelum dijangka...
Kedudukan Kumpulan Piala Malaysia 2010
Posted by admin on Aug 07, 2010 | Leave a Comment
SAINGAN Piala Malaysia 2010 menyaksikan juara bertahan, Negeri Sembilan berdepan tugas getir apabila diundi satu kumpulan dengan finalis musim lalu, Kelantan dalam Kumpulan A bersama-sama dua pasukan kelab, KL Plus dan Selangor PKNS.
Sementara Selangor yang baru dinobat selaku Juara Liga Super 2010 pula bakal disaingi Juara Liga Perdana, Felda United dalam Kumpulan D.
Dua lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis...
Keputusan Undian Piala Malaysia 2010
Posted by admin on Aug 07, 2010 | Leave a Comment
Keputusan undian dan kedudukan Piala Malaysia 2010.
Read More →

