Your are here: Home /
Piala Dunia
PIALA Dunia 2010 di Afrika Selatan telah melabuhkan tirainya awal pagi tadi apabila aksi final membabitkan pasukan Sepanyol dan Belanda berakhir dengan kemenangan memihak kepada skuad bimbingan Vicente Del Bosque.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2010 yang juga kejuaraan sulung di pentas tertinggi itu. [LIHAT VIDEO AKSI FINAL]
Bintang Barcelona, Andres Iniesta muncul wira pasukan...
Tagged with Belanda, Final Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol, Video
SEPANYOL mencipta sejarah muncul Juara Piala Dunia 2010 di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan tunggal Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan. [LIHAT VIDEO]
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa 90 minit perlawanan sebenar yang mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga...
Tagged with Andres Iniesta, Belanda, Final Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol, Sepanyol Juara Piala Dunia
SELEPAS 80 tahun dan 19 edisi, peminat global bakal menyaksikan juara baru dinobatkan di Stadium Soccer City awal pagi esok apabila juara Eropah, Sepanyol turun menentang Belanda dalam final yang dijangka rancak dan menghiburkan.
Empat personaliti bola sepak – Arsene Wenger, Cafu (kapten yang menjuarai Piala Dunia 2002 bersama Brazil), bekas kapten Perancis, Marcel Desailly dan Gary Bailey, bekas penjaga gol Manchester...
Tagged with Belanda, Final, Final Piala Dunia, Juara Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol
AKHIRNYA Piala Dunia menamatkan kemuncaknya pada malam ini. Setelah sebulan negara-negara yang terlibat melancarkan “perang” dalam kempen Piala Dunia, babak terakhir menyaksikan dua negara bertarung untuk mengesahkan siapa hero kejuaraan paling berprestij dalam arena sukan antarabangsa itu.
Penentuan antara Sepanyol dan Belanda pastinya ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh rakyat di kedua-dua negara tersebut...
Tagged with Belanda, Final, Final Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol
APA jua keputusan yang membabitkan Belanda dan Sepanyol, satu sejarah akan tercatat di bumi Afrika Selatan – sebuah pasukan baru akan muncul menjuarai Piala Dunia 2010.
Sama ada Oranje atau La Roja, salah satu pasukan itu akan dinobatkan sebagai negara kelapan untuk mendakap piala keagungan sukan bola sepak.
Pertemuan akhir ini sebenarnya layak untuk dikatakan cukup seimbang kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai...
Tagged with Belanda, Final, Final Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol
LEGENDA bola sepak Belanda, Johan Cruyff semalam mengambil risiko meminggirkan negaranya sendiri apabila beliau bertegas menginginkan Sepanyol memenangi Piala Dunia.
Cruyff, pendukung falsafah ‘Total Football‘ oleh Rinus Michel pada 1974, telah lama menjadi penduduk Barcelona.
Namun, apabila Belanda bercadang untuk mengadakan perarakan kemenangan di sepanjang Amsterdam, Selasa ini, bekas perancang bola sepak...
Tagged with Belanda, Final, Final Piala Dunia, Johan Cruyff, Juara Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol
BELANDA dan Sepanyol bakap berentap awal pagi esok bagi menentukan siapakan juara Piala Dunai edisi 2010. Apa pun keputusan yang bakal dicatatkan, sejarah sudah pasti tercipta. Ini kerana kedua-duanya belum pernah menjulang piala berprestij tersebut.
Sepanyol mungkin mencuri tumpuan kerana berjaya mara ke saingan akhir buat kali pertama, pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia setakat ini ialah menduduki tempat keempat...
Tagged with Belanda, Final, Final Piala Dunia, Piala Dunia 2010, Sepanyol
PENENTUAN tempat ketiga dianggap satu perlawanan bola sepak paling sukar. Selepas beberapa hari mengalami detik teruk selepas gagal melangkah ke perlawanan akhir, Uruguay dan Jerman kini mempersiapkan diri untuk aksi terakhir mereka di Afrika Selatan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu untuk penentuan tempat ketiga di Stadium Nelson Mandela Bay, di Port Elizabeth, awal pagi esok.
Selalunya, peminat-peminat tidak akan mengingati...
Tagged with Final, Jerman, Piala Dunia 2010, Tempat Ketiga, Uruguay
CEMERLANG memang cemerlang, itulah yang boleh digambarkan buat pasukan dari benua Eropah selepas memiliki wakil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung awal pagi esok iaitu pertemuan di antara Belanda dan Sepanyol.
Sekurang-kurangnya kedua-dua pasukan itu menutup malu beberapa pasukan gergasi sama benua seperti Itali, Perancis tidak terkecuali England dan Portugal yang dicanang-canang bakal mengisi...
Tagged with Belanda, Eropah, Jerman, Piala Dunia 2010, Sepanyol, Sorotan
PASUKAN Amerika Selatan tampil ke Piala Dunia 2010 dengan reputasi yang cukup gah. Diketuai Brazil selaku pasukan di rangking nombor satu dunia, benua itu turut meletakkan Argentina sebagai harapan mereka untuk membawa pulang trofi rebutan dunia.
Namun kini, setelah segalanya hampir sampai ke penghujung, nama benua itu seakan tenggelam.
Mujurlah ada Uruguay yang mara ke separuh akhir. Kemaraan itu bagaimanapun diperlekeh...
Tagged with Amerika Selatan, Argentina, Brazil, Chile, Paraguay, Piala Dunia 2010, Sorotan, Uruguay