Your are here: Home /
Global
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
MALAYSIA vs Syria
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam, LIVE TV1 Astro Arena
PASUKAN Syria seolah- olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa...
Tagged with Astro Arena, Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Live TV1, Malaysia lawan Syria, Malaysia vs Syria
Senarai Penuh 16 Pasukan Layak Ke EURO 2012
EMPAT pasukan melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bersaing di kejohanan Piala Eropah 2012 atau EURO 2012.
Kejohanan empat tahun sekali itu dihoskan dua negara tuan rumah, Poland dan Ukraine dan dijadualkan pada 8 Jun hingga 1 Julai 2012.
Undian kumpulan atau draw akan berlangsung di Kyiv pada 2 Disember 2011.
Senarai 16 pasukan yang layak ke kejohanan EURO 2012
Poland...
Tagged with Berita EURO 2012, Kelayakan EURO 2012, Piala Eropah 2012, Sepanyol
Playoff EURO 2012
DUA gol menerusi Cristiano Ronaldo memberi inspirasi kepada Portugal mencatat kemenangan besar 6-2 terhadap Bosnia-Herzegovina dalam saingan play-off kelayakan Euro 2012, awal pagi tadi.
Dengan kemenangan itu Portugal layak ke final Euro 2012 tahun depan.
Penyerang Real Madrid itu meledak seawal minit ke-8 dan gol keduanya pada minit ke-53.
Rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Nani pula...
Tagged with Berita EURO 2012, Croatia, Ireland, Kelayakan EURO 2012, Piala Eropah 2012, Portugal, Republik Czech
England akhiri kemarau kemenangan 43 tahun terhadap Sweden
ENGLAND akhirnya mengakhiri kemarau kemenangan selama 43 tahun ke atas Sweden apabila gol sendiri pemain pertahanan, Daniel Majstorovic memberi kemenangan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Majstorovic gagal mengeluarkan kemas bola hasil tandukan Gareth Barry pada minit ke-22 sebelum melantun ke gawang gol sendiri.
Perlawanan...
Tagged with England, England lawan Sweden, England vs Sweden, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan, Sweden
Rajagobal kecewa gawang dibolosi lawan pada minit akhir
KEALPAAN benteng pertahanan Malaysia pada minit-minit akhir dihukum jentera serangan India apabila kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 pada aksi persahabatan bola sepak di Stadium Indira Gandhi, Guhawati, India malam kelmarin.
Meskipun mendahului menerusi jaringan Safiq Rahim pada minit ke-42, pemain pertahanan India, Syed Rahim Nabi berjaya menanduk masuk gol...
Tagged with Malaysia, Malaysia lawan India, Malaysia vs India, Perlawanan Persahabatan
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
FABIO Capello memberikan pujian kepada barisan pemain muda England selepas skuad bimbingannya mengejutkan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol 1-0 di Wembley, semalam.
Jaringan pada minit ke-49 daripada Frank Lampard memberikan England satu kemenangan paling berharga buat Capello sepanjang menjadi pengurus England.
Walaupun jaringan kemenangan daripada pemain paling lama berkhidmat...
Tagged with England, England lawan Sepanyol, England vs Sepanyol, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan, Sepanyol
ENGLAND melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney.
Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2.
Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu.
Pada perlawanan tersebut...
Tagged with EURO 2012, Kelayakan EURO 2012
PEMAIN Tengah Everton, Tim Cahill dan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer digugurkan daripada senarai pemain Australia bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia, Jumaat ini akibat kecederaan.
Cahill mengalami kecederaan buku lali ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City dan pegawai perubatan kelab menegaskan pemain itu memerlukan masa untuk pulih.
Sementara itu, Joseph Kallang Tie...
Tagged with Australia, Malaysia, Malaysia lawan Australia, Malaysia vs Australia, Perlawanan Persahabatan
MALAM ini Skuad Olimpik Malaysia bakal memulakan pemburuan ke slot Sukan Olimpik London 2012, menentang tuan rumah, Jepun bagi aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Tosu, Fukuoka.
Berhadapan pasukan Samurai Biru yang sememangnya diakui memiliki kekuatan seimbang di segenap posisi, sedikit menggerunkan pemain negara, namun ia bukan alasan buat mereka ‘segan’ menunjukkan taring sebenar di hadapan puluhan ribu penyokong...
Tagged with Jepun, Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Malaysia, Malaysia lawan Jepun, Malaysia vs Jepun, Sukan Olimpik 2012
Bola Sepak Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Jepun vs MALAYSIA
Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun
21 September 2011
Siaran Langsung:
LIVE TV2, LIVE Astro 813
6.45 petang
SEKALIPUN di atas kertas Jepun jelas perkasa, namun ketua jurulatihnya, Takashi Sekizuka tetap berwaspada apabila melayani barisan Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik, Kumpulan C, lewat petang ini.
Sekizuka yang membimbing Samurai Biru memenangi pingat...
Tagged with Jepun, Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Malaysia, Malaysia lawan Jepun, Malaysia vs Jepun, Sukan Olimpik 2012