Piala AFC: Misi hidup mati Kelantan

Kelantan FA 2014
Kelantan berdepan Yangon United hari ini | Foto Utusan Malaysia

PENGENDALI Kelantan, Steve Darby akan menerapkan taktikal menyerang pada pertemuan ‘hidup mati’ berdepan wakil Myanmar, Yangon United dalam aksi Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Darby berkata, beliau akan mempertaruh dua penyerang import – Mohamad Ghaddar dan Francis Forkey Doe untuk mengetuai jentera serangan The Red Warriors dalam usaha meraih kemenangan pada pertemuan itu nanti.

Menurutnya, Kelantan tidak mempunyai banyak pilihan selain menang dalam usaha mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kedua.

“Kami kehilangan tiga tonggak iaitu Mohamad Shawky Yazid, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali bagi menghadapi Yangon. Shawky digantung perlawanan manakala Fakri dan Shakir mengalami kecederaan.

“Namun, saya tetap optimis kami mampu melakar kemenangan ke atas Yangon. Harapan saya agar Ghaddar dan Doe dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Selepas mengharungi empat perlawanan, The Red Warriors kini menghuni tangga ketiga Kumpulan G apabila mengumpul tiga mata dan hanya dibezakan dengan dua mata di belakang Yangon yang berada di tangga kedua.

Jika menang malam ini, Kelantan akan mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua sambil mengharapkan bantuan pendahulu kumpulan, XM Vissai Ninh Binh menumbangkan South China.

Sementara itu, pengendali Yangon, Eric William menggesa barisan pemainnya bangkit selepas mengalami kekalahan besar 3-5 kepada South China.

Eric berkata, beliau yakin Yangon mampu meraih tiga mata dalam perlawanan malam ini dalam usaha mencerahkan peluang pasukannya ke pusingan seterusnya.

“Begitupun, kami tetap waspada dengan ancaman pasukan Kelantan, saya yakin mereka akan bangkit bermati-matian dalam perlawanan itu nanti.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan Kelantan dan saya yakin barisan pemain mampu mengulangi kemenangan sebagaimana yang dilakukan pada aksi pertama lalu,” ujarnya.

– Kosmo

One Response to Piala AFC: Misi hidup mati Kelantan

  1. misi dah tamat kalah 2-3…. 2015 je la… tahun piala FA kata Darby………….. forkey doe pun ditamatkan kontrak gak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>