Piala AFC 2014: Kelantan harap mara lebih jauh

piala afc cup 2014

Kelantan berharap pengalaman beraksi dua kali berturut-turut dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) mampu membantu mereka melakar pencapaian lebih baik dalam saingan musim ini bermula menentang kelab Myanmar, Yangon United di laman lawan 26 Februari ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, selepas mara ke suku akhir pada 2012, The Red Warriors (TRW) meletakkan sasaran lebih tinggi pada penampilan ketiga kali ini.

“Kelantan sudah menimba banyak pengalaman dalam saingan Piala AFC sebelum ini. Kita akan berusaha memberi persembahan terbaik sekali gus mengatasi pencapaian tertinggi dua tahun lalu apabila tersingkir di suku akhir.

“Melihat kepada prestasi semasa pasukan, Kelantan sudah pasti mampu menjadi pencabar. Malah kita mempunyai ramai pemain import berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa,” katanya.

Jadual Peringkat Kumpulan Piala AFC 2014 – Pasukan Kelantan

  • 26 Feb :: Yangon United vs Kelantan (A)
  • 12 Mac :: Kelantan vs Sun Pegasus (H)
  • 18 Mac :: Kelantan vs XM Vissai Ninh Binh (H)
  • 02 Apr :: XM Vissai Ninh Binh vs Kelantan (A)
  • 08 Apr :: Kelantan vs Yangon United (H)
  • 22 Apr :: Sun Pegasus vs Kelantan (A)

kelantan fa 2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>